Harry Kane mendedahkan dia sudah membuat kajian tentang David Raya ketika penalti.
Menurutnya, hasil kajiannya, David Raya adalah penjaga gol yang suka melayangkan badannya sangat awal ketika berdepan sepakan penalti.
Lalu Kane mengubah corak sepakannya dengan gaya yang lebih perlahan, teknik sepakan yang kerap digunakan Bruno Fernandes. Di mana Kane melakukan satu lompatan kecil sebelum merembat.
Teknik itu khas untuk perlawanan kali ini setelah Kane membuat kajian tentang penjaga gol yang akan dia hadapi.
Kane menjaringkan gol pendahuluan di Emirates menerusi sepakan penalti. Gol itu bagaimanapun disamakan oleh pemain gantian Arsenal, Leandro Trossard.
Bercakap kepada wartawan tentang kajiannya, Kane berkata: “Saya ada buat sedikit kajian tentang David Raya ketika penalti menentang Porto. Dia benar benar melompat ke tepi lebih awal.
“Jadi saya ubah sedikit cara saya mengambil sepakan penalti.”
Kane tahu Raya seorang penjaga gol yang cepat melompat, namun dia terkejut kerana hari itu, Raya melompat sangat awal.
Kane menambah: “Ianya bagus melihat dia melompat lebih awal dan itu memudahkan lagi tugas saya.”
Di Belanda, Rafael Van Der Vaart dalam ulasannya terkejut dengan teknik David Raya. Kerana menurutnya, Harry Kane masih beberapa langkah di belakang bola, namun Raya sudah melompat.
Bercakap tentang situasi di Bayern Munich ketika ini, Kane tenang walaupun kelab itu sudah terlepas piala domestik dan bakal terlepas Bundesliga.
“Saya masih ada 4 tahun kontrak di sini. Saya berharap kami akan dapat menamatkan musim ini dengan sesuatu. Jika tidak, kami akan mula balik pada musim hadapan,” kata Kane yang masih percaya Bayern boleh menjuarai Liga Juara Juara Eropah.
Bayern dan Arsenal terikat 2-2 dalam aksi pertama. Aksi kedua akan berlangsung di Munich selepas ini.