Harry Kane Termenung Jauh Tak Dapat Piala?

Harry Kane dirakam termenung jauh ketika pasukannya Bayern Munich kalah 2-0 di tangan musuh tradisi Borussia Dortmund.

Peminat terus membuat kesimpulan bahawa Kane merenung nasib malang menimpanya kerana masih terus tertangguh dalam memenangi piala.

Kane sebelum ini dianggap membuat langkah sangat tepat untuk memenangi piala dengan menyertai Bayern Munich.

Memandangkan kelab Jerman itu memiliki rekod luar biasa di saingan domestik terutamanya. Jadi ramai anggap ini akan menjadi langkah mudah untuk Kane memenangi Piala.

Awal musim ini Kane berpeluang untuk memenangi piala pertama bersama Bayern dalam aksi Piala Super Jerman. Namun kalah 0-3 di tangan RB Leipzig.

Bayern kemudian disingkirkan kelab bawahan divisyen ketiga, Saarbrucken secara mengejut dalam aksi DFB Pokkal.

Jadi harapan mereka adalah untuk mengejar Bayer Leverkusen dalam aksi liga. Setelah memenangi 11 liga berturut turut, Bayern cuba melakukan pintasan pada saat akhir seperti mana mereka lakukan dalam beberapa musim sebelum ini.

Malangnya kekalahan di tangan Dortmund membuatkan mereka 13 mata di belakang Bayer Leverkusen. Dengan pengurus mereka Thomas Tuchel sudah berputus asa untuk mengejar Leverkusen.

“Saya sudah hilang harapan. Kami 13 mata di belakang bukan? Maka tahniah kepada Bayer Leverkusen, persaingan ini sudah berakhir,” tegas Tuchel yang menjadi pengurus Bayern yang akan dilepaskan pada akhir musim ini.

Di atas padang Kane dilihat termenung jauh memikirkan apa sebenarnya telah berlaku.

Posts from the soccer
community on Reddit

Peminat mengusik Kane dengan menulis: ‘Oh saya sebenarnya memang suwey’

Seorang lagi peminat menulis tentang badi piala Harry Kane di dalam kariernya.

“Spurs menang piala terakhir mereka sebelum Kane diserap masuk dalam skuad senior. Sejak itu dia dan Spurs kalah dalam beberapa final piala domestik dan final UCL.

“Dia pernah dipinjamkan ke Leicester untuk semusim. Ketika dia meninggalkan kelab Leicester, kelab itu menangi Liga Kejuaraan dan beberapa tahun kemudian mereka menang Liga Perdana Inggeris.

“Bersama England dia kalah final Euro.

“Sejurus selepas dia menyertai Bayern, dia kalah Piala Super Jerman. Dan kini dia menamatkan rekod panjang rentetan kejuaraan liga Bayern.”

Sebagai rekod Bayern sebelum ini menjuarai 11 kejuaraan Bundesliga berturut turut. Dan kini mereka hampir pasti kehilangannya. Peminat juga simpati dengan Kingsley Coman yang sebelum ini dianggap pembawa tuah untuk kejuaraan liga, kerana menurut mereka badi yang dibawa Kane adalah lebih kuat.

Kane menjadi pemain paling banyak jaringan di EPL yang gagal memenanginya.

Bayer Leverkusen hanya memerlukan 3 kemenangan untuk bergelar juara yang mutlak. Ada juga yang simpati dengan Kane.

Namun begitu, Kane masih ada harapan dalam Liga Juara Juara Eropah bersama dengan Bayern Munich. Pastinya dia berharap akan menjuarai hadiah besar terus untuk menamatkan cakap cakap bahawa dia adalah pembawa sial atau badi piala.

Secara adilnya, Kane telah menunjukkan prestasi yang baik secara individu pada musim debutnya di Jerman.

Baca yang lain