‘Harry Maguire Kambing Hitam Di Man United’

Jika sebelum ini Jadon Sancho menggelarkan bahawa dirinya adalah kambing hitam di Man United, kini Martin Keown mengenalpasti seorang lagi kambing hitam dalam pasukan Man United.

Orang yang dimkasudkan itu ialah Harry Maguire. Di mana menurut Keown, di Man United, Harry Maguire bukanlah masalah sebenar pasukan itu, sebaliknya pemain pemain tengah United yang bermasalah.

Harry Maguire seringkali menjadi subjek kecaman dan kritikan daripada peminat sejak dia menyertai kelab itu dengan perpindahan £85 juta dari Leicester pada 2019.

Martin Keown tampil mempertahankan pemain itu. Kerana menurutnya, sejak Maguire disisihkan, Man United tidak menunjukkan sebarang perubahan ketara.

Keown berkata: “Saya simpati dengan Maguire kerana merasakan dia telah mendapat banyak kritikan yang tidak adil ke atasnya.”

“Saya merasakan bahawa dia telah menjadi kambing hitam penyokong Manchester United.”

“Ini kerana, sejak dia disisihkan daripada pasukan, Man United tidak lebih baik.”

“Masalah sebenar di Manchester United adalah bahagian tengah dan Harry Maguire bukanlah masalah bagi mereka.”

Harry Maguire terus mendapat kepercayaan daripada pengurus pasukan England, Gareth Southgate walaupun dia terus berada di bangku simpanan sejak musim lalu lagi.

Southgate sebelum ini pernah menyatakan bahawa Harry Maguire tidak perlu terlalu tertekan memikirkan soal minit permainan. Kerana dia antara pemain yang sangat dipercayai masih lagi pemain yang bagus.

Masa depan Harry Maguire di Man United sebelum ini tidak menentu. Kelab telah melucutkan dia daripada jawatan kapten.

Kemudian cuba menjualnya dengan harga lelong. West Ham antara kelab yang sudah mencapai kesepakatan harga dengan Man United.

Namun rundingan gagal kerana berlaku sedikit masalah di antara Man United dan harga dari segi permintaan pampasan oleh Maguire.

Di mana pemain itu dikatakan meminta sekitar £8 juta daripada yuran perpindahan itu untuk dia meninggalkan Man United ke West Ham.

Kerana Maguire menerima pengurangan gaji di kelab baharunya. Rundingan kemudian gagal kerana West Ham sudah berputus asa menunggu terlalu lama.

Maguire kemudian bertekad untuk terus kekal dan mencabar tempat dalam skuad Man United.

Baca yang lain

Faisal Halim Disimbah Asid

Arena bola sepak Malaysia digemparkan dengan satu lagi kejadian jenayah melibatkan pemain kebangsaan. Kali ini melibatkan Faisal Halim yang diserang dan disimbah