Harry Maguire Kekal Di Man United, West Ham Bosan Menunggu

Perpindahan Harry Maguire bernilai £30 juta dari Manchester United ke West Ham dilaporkan telah gagal.

The Hammers awalnya bersetuju dengan bayaran yang diminta Man United sebanyak £30 juta untuk pemain pertahanan itu Rabu, ketika David Moyes berusaha untuk memperkuatkan skuadnya selepas perpindahan Declan Rice bernilai £105 juta ke Arsenal awal musim panas ini.

Bagaimanapun, menurut The Guardian, juara Liga Persidangan Eropah itu semakin bosan menunggu pemain pertahanan itu untuk meninggalkan Old Trafford.

Maguire sudah setuju dengan gaji ditawarkan West Ham United. Di mana dia menerima pengurangan gaji di West Ham. Namun macamana boleh gagal? Kalau kedua dua kelab sudah capai kesepakatan harga dan pemain sudah setuju syarat gaji peribadi?

Ianya berlaku apabila Maguire masih menagih pampasan £7 juta dari Man United untuk meninggalkan kelab itu. Penjelasan mudahnya, ia adalah angka yang digunakan Maguire untuk cover kerugian daripada kontrak yang dia dapat di West Ham dengan gaji lebih rendah daripada kontrak semasa.

Maguire menerima kenaikan gaji kerana kelab berjaya layak ke Liga Juara Juara Eropah,

Namun situasinya sekarang Man United sedang berunding dengan Bayern Munich untuk mendapatkan Benjamin Pavard. Di mana kedua dua kelab masih gagal mencapai kesepakatan harga.

Pavard sudah mendesak Bayern menjualnya ke Man United. Namun Bayer meminta sekitar €45-50 juta untuk pemain itu. United menawarkan harga sekitar €30 juta.

Man United merancang akan menguatkan usaha mendapatkan Pavard selepas menjual Maguire. Itu perancangannya.

Pavard malah sudah menekan like pada hantaran di laman sosial Varane.

Namun sekarang ini Maguire berkeras meminta bayaran pampasan £7 juta daripada kelab itu. Dan West Ham sudah bosan menunggu proses yang lama itu dan telah beralih ke sasaran lain.

Jadi buat masa ini Harry Maguire nampaknya akan kekal di Man United. Erik Ten Hag malah meletakkan dia sebagai pemain simpanan yang tidak digunakan dalam kemenangan 1-0 United ke atas Wolves pada malam Isnin.

Pemain berusia 30 tahun itu mengalami masa yang sukar di United sejak perpindahannya yang memecahkan rekod dunia bernilai £80 juta dari Leicester pada 2019.

Dia pada mulanya menunjukkan beberapa aksi mengagumkan dan dilantik sebagai kapten kelab oleh Ole Gunnar Solskjaer.

Bagaimanapun, dalam beberapa tahun kebelakangan ini dia bergelut dan berdepan kritikan berat yang memuncak. Terbaru dia dilucutkan jawatan kapten kelab awal musim panas ini oleh Ten Hag yang merancang untuk menjualnya.

West Ham sedia mendapatkannya untuk membantunya kekal dalam skuad utama England menjelang Euro 2024. Walaupun dia digelar pemain penting Southgate, namun kini Maguire mulai terasa terancam dengan persaingan daripada pemain seperti Levi Colwill dan Marc Guehi.

Itu telah meningkatkan lagi persaingan dan menuntut dia untuk  bermain secara kerap menjelang kejohanan musim panas akan datang.

Bercakap pada bulan Mac, Maguire mempertahankan sumbangannya kepada United walaupun ditolak ke pilihan kelima dalam posisi bek tengah.

Dia berkata: “Jelas sekali musim ini, saya tidak bermain sebanyak yang saya mahukan tetapi, untuk kelab saya, saya rasa prestasi saya baik tahun ini.”

“Saya tahu orang ramai melihat saya tidak bermain tetapi apabila saya bermain, saya fikir dalam lapan atau sembilan perlawanan terakhir saya untuk Manchester United, kami telah menang.

“Saya tidak ingat kalah dalam perlawanan untuk Manchester United. Jadi pengaruh saya masih penting di sini.”

Ten Hag sudah menyatakan jika Maguire kekal di Old Trafford, dia berbesar hati menggunakan pemain itu sebagai pemain back up untuk pertahanan seperti Raphael Varane dan Lisandro Martinez.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di