Hashim Mustapha: Kisah Legenda Budak Emas Dari Kelantan

Selepas era revolusi Anuar Musa di Kelantan , muncul nama nama seperti Khairul Fahmi dan Badhri Radzi yang dilabel mungkin pemain tenpatan terbaik dalam sejarah pasukan Kelantan. Ia terpulang kepada penilaian individu.

Namun bagi saya Hashim Mustapha masih kekal sebagai ‘lelaki’ Kelantan terbaik dalam sejarah bolasepak Kelantan walaupun trofi tidak sebanyak nama nama yang lain.

Karier awal dan no.10

Hashim Mustapha lahir pada 31 Januari 1966. Beliau mula dipanggil oleh Kelantan untuk 1982 bermain dalam Piala Emas Raja-raja ketika masih di bangku sekolah lagi ketika beliau masih tingkatan empat.

Aksi cemerlang Hashim membolehkan beliau ditawarkan kontrak ke pasukan utama Kelantan. Namun pada 1983, Hashim diberi kelulusan cuti setahun atas permintaan beliau kerana perlu memberi perhatian kepada SPM.

Selepas tamat tahun SPM, Hashim masuk ke kem Kelantan pada 1984. Beliau terus menjadi pemain utama yang bermain setiap minggu untuk Kelantan pada 1985 di bawah kendalian M. Chandran. Hashim mencabar dirinya untuk memakai jersi no.10 yang kosong selepas semua pemain senior enggan memakai jersi itu kerana agak ‘berat’.

Mana taknya, jersi tersebut sangat signifikan dengan Dali Omar. Aksi cemerlang Hashim terus membolehkan beliau dipanggil ke skuad menentang England. Ianya cuma selepas berberapa bulan menyarung semula jersi Kelantan. Agak sukar untuk Hashim memberikan impak.

Aksi cemerlang Hashim terus diberi perhatian berberapa pasukan lain. Namun komitmen Hashim tetap kepada pasukan Kelabtan walaupun pada ketika itu Kelantan bukanlah sebesar Kelantan yang ada pada hari ini. Beliau terus dilabel The Golden Boy oleh pemerhati bolasepak Malaysia.

Hashim dipanggil menyertai skuad sukan SEA pada 1987. The Golden Boy memberikan visual yang menarik dengan tandukan terbang (flying header) ketika Malaysia menewaskan Thailand 2-0 di Sukan Sea Jakarta 1987 dan Malaysia cuma memenangi pingat perak.

Dua tahun berikutnya ketika Malaysia meraih emas sukan SEA di Kuala Lumpur, namun Hashim tidak mengecapi kejayaan bersama rakan rakan selepas meminta perlepasan atas alasan keluarga.

Hashim sang pemusnah

Pada 1990 Hashim memenangi kasut emas Divisyen 2 setelah meledak 15 gol. Pada 1993, Hashim muncul penjaring terbanyak Liga Malaysia hasil jaringan hatrik pada perlawanan terakhir liga menentang Negeri Sembilan untuk mengatasi Jose Iriarte.

Sebelum perlawanan terakhir itu Jose mendahului Hashim dengan 2 gol. Namun Jose gagal menjaringkan gol dan Golden Boy ibi mencipta hatrik lantas memenangi kasut emas dengan 13 gol.

Pada 1994 adalah musim terbaik Hashim Mustapha apabila meledak 29 gol daripada semua 30 perlawanan dan kejohanan. Yang menariknya Hashim menjadi pemain paling fit dalam tahun tersebut apabila bermain semua perlawanan melibatkan Kelantan tanpa digantikan. Cuma Radhi Mat Din (Kedah ) dan Mazlan Wahid (Sarawak) yang melakukan perkara yang sama.

Hashim juga memenangi kasut emas Liga Perdana dengan 25 gol.

Amat sukar untuk melihat anak tempatan kita menledak lebih 20 gol dalam Liga dan memenangi kasut emas 2 kali berturut turut. Satu pencapaian yang masih tidak mampu dipecahkan lagi oleh mana mana pemain tempatan termasuk Norizam Hassan, Khalid Jamlus dan Indra Putra, anak tempatan yang turut pernah dalam senarai kasut emas selepas itu.

Kita juga mungkin pernah mendengar pengulas menyatakan Safee Sali mengatasi rekod gol terpantas yang dilakukan oleh Hashim Mustapha pada 1988 dengan 26 saat. Betapa hebatnya si jambu Hashim ini dahulu. Pada 1993

Hashim melakukan 2 gol melalui disiplin sepakan gunting (bicycle kick) menentang Johor di suku akhir dan membolehkan Kelantan ke separuh.

Dipanggil semula

Kecemerlangan Hashim pada peringkat domestik membolehkan beliau dipanggil semula secara merit menyertai skuad kebangsaan sekali lagi selepas 4 tahun iaitu untuk Sukan Asia di Hiroshima namun pasukan Malaysia tersingkir awal dan dalam sesi temu ramah, jurulatih Claude Le Roy melabelkan pemain pemain kita cuma jaguh kampung.

Skuad negara ketika itu yang turut dibarisi lagenda seperti Khairul Azman, Ong Kim Swee, K.Sanbagamaran, Azizol Abu Hanifah, Dollah Salleh, Azman Adnan dan Shahrin Majid. Malaysia cuma mencatat 1 kemenangan ke atas Hong Kong, seri menentang Thailand, dan tewas kepada Arab Saudi dan Uzbekistan. Di peringkat kebangsaan Hashim lebih digunakan sebagai supersub.

Meninggalkan Kelantan

Pada 1996, Hashim membuat keputusan mengejut apabila berhijrah ke Kedah. Beliau mengecapi kejayaan Piala FA bersama pasukan Kedah. Selepas dua musim bersama Kedah, dia kembali semula ke Kelantan pada 1998. Pada 199 , Hashim menerima tawaran Johor dan membantu Johor memenangi Liga Divisyen Dua pada 1999 lantas melayakkan Johor (JDTII hari ini) layak ke liga utama pada 1999.

Beliau kembali semula ke negeri kelahirnannya pada 2000 untuk menyertai JKR Kelantan dan

TNB Kelantan di pusingan pada pertengahan musim 2001. Hashim akhirnya bersara penuh dalam bolasepak dan dilantik menjadi Jurulatih Skuad Presiden Kelantan pada 2008. Pada 2010 beliau dilantik menjadi Pembantu Jurulatih Skuad Kelantan.

Pergi selamanya

Pada 29 November 2022, berita sedih buat peminat bola sepak Malaysia, apabila Hashim Mustapha menghembuskan nafas terakhirnya.

Legasinya tetap akan mekar di dalam bola sepak Malaysia.

Legenda yang tiada ganti

Hashim Mustapha adalah nama yang cukup hebat dalam sejarah Liga Malaysia terutamanya untuk Kelantan. Beliau adalah benchmark yang cukup tinggi untuk striker tempatan kita. Hashim tidak pernah memikirkan isu pemain import akan menghalang kejayaan striker tempatan.

Era beliau, Hashim bersaing dengan Alistair Edward, Abbas Saad, Fandi Ahmad, Scot Olerenshaw dan ramai lagi. 2 kali memenangi kasut emas dan cukup banyak gol cantik dihasilkan dengan pelbagai cara. Pemain ini boleh melakukan gol melalui akrobatik.

Hashim bukanlah penyerang yang suka ‘menunggu’ duduk di box sebaliknya beliau adalah no.9 yang ‘bergerak’ mencari, mencipta dan melakukan gol. Disiplin Hashim di padang amat tinggi dan sangat tenang dalam apa jua keadaan. Beliau pernah mengakui ditawarkan bookie RM 40,000.00 namun beliau sentiasa meletakkan harga dan maruah pasukan sebagai not for sale.

Ramai sudah maklum akan cita cita Hashim yang mahu menjadi ketua jirulatih pasukan yang disayanginya Kelantan pada suatu hari nanti. Dengan platform yang ada dimiliki beliau kini, saya rasa ia realistik.

Lagenda Hashim Mustapha, The Most Prolific Legendary Striker !