Hati Panas, Jens Lehmann Pergi Chainsaw Bumbung Garaj Jirannya Sebab Halang Pemandangan Tasik Starnberg

Legenda Arsenal dan Jerman, Jens Lehmann dilaporkan membawa gergaji rantai (chainsaw) ke garaj jirannya kerana ia menghalang pandangannya untuk menikmati pemandangan Tasik Starnberg.

Outlet Jerman, Bild, melaporkan bekas penjaga gol Arsenal itu mempunyai perselisihan yang lama dengan jirannya mengenai hartanah mereka.

Dan Lehmann telah mengambil langkah yang agak agresif pada kali ini. Lehmann memang dikenali dengan sikapnya yang panas baran dan gila gila. Maka itulah dia digelar Mad Jens.

Dia dilaporkan tidak gembira kerana garaj baharu menghalang pandangannya ke Tasik Starnberg yang menakjubkan di Bavaria.

Lehmann telah memiliki hartanah di tepi tasik itu selama 15 tahun. Dia membelinya pada harga sekitar £4.2 juta pada 2007 semasa dia bermain untuk Arsenal.

Hanya melihat imej tasik ini, anda boleh memahami mengapa Lehmann menyukai panorama itu yang memang menjadi salah satu tempat merehatkan fikiran oleh penduduk di sana.

Laporan menyatakan bahawa bekas pemain Arsenal itu mengamuk dan “memotong rasuk bumbung” garaj jirannya. Dia juga cuba mematikan kamera pengawasan agar tidak dapat dikesan.

Bagaimanapun, dia gagal dan siaran langsung dari kamera dapat dilihat oleh pemilik rumah tersebut.

Sebenarnya, kalau CCTV dia potong sekalipun, jirannya tetap akan menjadikannya sebagai suspek sebab mereka memang seringkali bertelingkah.

Dalam ‘kegilaan kemarahan’, Lehmann menyebabkan ratusan paun kerosakan dengan chainsaw di garaj jirannya tu. Ianya gara gara dia tak puas hati dengan bumbung yang dibina oleh jirannya itu membuatkan dia sakit mata melihatnya.

Polis sudah pergi ke rumah Lehmann dan kini menyiasat sama ada dia bertanggungjawab ke atas tiga pertuduhan kes vandalisme lain bernilai lebih £8,500.

Lehmann sebelum ini telah melaporkan jirannya kepada polis kerana “kerosakan harta benda dan ugutan”.

Awal tahun ini, Lehmann telah dipecat daripada lembaga penyeliaan Hertha Berlin selepas merujuk kepada pundit televisyen Jerman Dennis Aogo sebagai “a token black guy” dalam mesej WhatsApp.

“Dalam mesej peribadi dari telefon bimbit saya kepada Dennis Aogo, tanggapan buruk telah dicipta yang mana saya memohon maaf dalam perbualan dengan Dennis,” tulis Lehmann.

“Sebagai bekas pemain pasukan kebangsaan dia sangat berpengetahuan dan mempunyai perwatakan yang hebat.”

Namun pengurusan Hertha BSC telah menyingkirkan Lehmann dan tidak menerima alasannya.

“Kenyataan sedemikian sama sekali tidak sepadan dengan nilai yang Hertha BSC perjuangna dan aktif berkempen,” kata presiden kelab itu, Werner Gegenbauer.

“Kami menjauhkan diri daripada sebarang bentuk perkauman.”

Baca yang lain