Hatrik Dengan Weaker Foot: Ini Kisah De Bruyne Dilarang Jirannya Sepak Bola Getah Pakai Kaki Kanan

Dalam aksi di antara Manchester City berdepan dengan Wolves, pemain sensasi mereka, Kevin De Bruyne menjaringkan hatrik dengan kaki lemahnya ataupun kaki kiri.

Bintang Belgium itu berjaya mencatatkan hat-trick dalam 24 minit pertama perlawanan, ataupun dalam tempoh 17 minit daripada gol pertamanya.

Ini merupaoak hat-trick pertama beliau dalam saingan Premier League dan lebih menakjubkan lagi beliau melakukannya dengan menggunakan kaki kirinya.

Jadi tak hairanlah dia menapau bola perlawanan untuk kegunaan anak anaknya di rumah. Selamat duit nak beli bola baru.

De Bruyne dikenali sebagai pemain yang mempunyai kekuatan kaki kanannya dan jelas sekali kaki kiri merupakan weaker foot beliau.

Namun selepas melihat beliau mencatatkan hat-trick menggunakan kaki kirinya, maka jelas sekali beliau sebenarnya tidak memiliki weaker foot.

Beliau melepaskan rembatan rendah melepasi Jose Sa untuk membuka tirai jaringan Man City pada minit ke-7 permainan.

Beliau kemudiannya meledak gol kedua pada minit ke-16 selepas Wolves sebenarnya cemerlang mengikat kedudukan menjadi 1-1 hasil gol jaringan Leander Dendoncker.

De Bruyne kemudiannya melengkapkan hat-trick beliau pada minit ke-24 permainan dan ia merupakan hat-trick ketiga terpantas dalam sejarah saingan Premier League.

Tidak cukup dengan sekadar hat-trick, pemain berusia 30 tahun itu kemudiannya menjaringkan gol keempat beliau dalam perlawanan ini pada minit ke-60 permainan.

De Bruyne sememangnya mempunyai kualiti kaki kanan yang sungguh menakjubkan dan kaki kirinya juga berfungsi dengan sangat luar biasa.

Musim ini, jika korang bukan pengikut Kevin De Bruyne, korang sendiri tak pasti dia ni kaki kanan atau kiri apabila melihat catatan statistik ini:

Daripada 14 gol beliau dalam Liga Perdana Inggeris musim ini, 9 adalah daripada kaki kirinya dan paling unik adalah hatrik dengan weaker foot menentang Wolves itu dianggap tak masuk akal.

Bekas bintang Wolfsburg itu telah membuktikan yang beliau kini tidak mempunyai weaker foot dan kedua-dua kakinya sangat berkesan.

Beliau sebelum ini turut berjaya menjaringkan gol yang cukup padu ketika bertemu Chelsea, Leicester, Spurs, Arsenal, Borussia Monchengladbach dan Liverpool menggunakan kaki kirinya.

Tapi macam mana De Bruyne boleh memiliki kualiti yang sungguh menakjubkan seperti itu pada kedua-dua kakinya?

Kisah mengapa De Bruyne tidak mempunyai weaker foot sebenarnya bermula dari ketika beliau masih kanak-kanak lagi.

De Bruyne harus sepak pakai kaki kiri je

Menurut penulis dari Belgium, Kristof Terreur, ketika masih kanak-kanak, produk akademi Genk itu diharamkan dari menggunakan kaki kanan beliau oleh jiran-jirannya ketika dia bermain bola di taman bersama rakan rakannya.

Hal itu kerana kaki kanan beliau terlalu kuat dan akan merosakkan tanaman, bunga, rumput, tingkap dan pelbagai lagi kerosakkan andai beliau merembat bola terutama sekali ketika menggunakan bola getah yang berat tu. Ala macam yang kita sepak masa kecil kecil dulu.

Jelas sekali kaki kanan beliau sudah menjadi ancaman besar kepada dunia sejak dari De Bruyne kanak-kanak lagi dan kerana itu hal yang sama menjadi mimpi ngeri untuk pemain pertahanan pasukan lawan.

Terreur berkata: “Ketika De Bruyne masih kecil jiran jiranya melarang dia menggunakan kaki kanannya. Kerana kaki kanannya terlalu kuat dan merosakkan rumput dan bunga.”

Terreur menambah, adalah kejam juga untuk melarang budak budak bermain bola. Lalu jiran jirannya, memberikan kelonggaran kepada De Bruyne.

“Ayah kepada rakan rakannya awalnya melarang dia memakai bola getah di taman mereka kerana ianya boleh merosakkan bunga mereka. Namun ada kompromi: Mereka boleh bermain dengan bola getah bersama De Bruyne dengan syarat, dia harus memakai kaki kirinya atau kaki lemahnya.”

Cerita itu sebenarnya sudah berlegar pada 2017 lagi. Namun oleh kerana rekod luar biasa De Bruyne dalam aksi berdepan Wolves maka ianya disiarkan semula. Apa yang pasti tindakan jirannya itu secara tak langsung membantu De Bruyne menguatkan kaki kirinya dan setaraf dengan kaki kanannya.

Itu juga bukti De Bruyne menepati perjanjian verbal dengan jiran jirannya.

Beliau berjaya menikmati karier yang sungguh menakjubkan di Etihad dan beliau juga cemerlang menjaringkan gol yang banyak menggunakan kedua-dua belah kakinya.

Ketika beliau meraikan hat-tricknya dalam perlawanan bertemu Wolves awal pagi tadi, De Bruyne sempat memberikan tribute kepada bakal rakan sepasukannya, Erling Haaland.

De Bruyne meraikan gol tersebut dengan gaya keraian yoga sebaik kejayaannya mencatatkan hat-trick pada minit ke-24 permainan itu.

Kisah itu juga dimuatkan dalam buku autobiografinya: ‘Keep It Simple’ pada 2014. Menurutnya, selain daripada mengelak dia merosakkan lebih banyak bunga, jirannya juga mahu dia tidak terlalu menonjol berbanding kanak kanak lain kerana dia terlalu sangat bagus berbanding mereka.

Kevin De Bruyne jelas sekali bukan hanya mempunyai vision serta kualiti hantaran yang sungguh menakjubkan, beliau juga turut memiliki kualiti penyudah yang dasyat.

Kekuatan rembatan beliau sememangnya menjadi mimpi ngeri untuk para pemain lawan dan beliau tidak dinafikan lagi sememangnya antara pemain terhebat sepanjang zaman yang pernah beraksi di Etihad.

Bayangkan saja bagaimana hasilnya andai beliau beraksi bersama Erling Haaland pada musim hadapan dan jelas sekali pemain lawan masih belum bersedia untuk hal itu.

Haaland turut mempunyai kualiti rembatan jarak jauh yang dasyat, namun kekuatan utama beliau adalah penyudah dan kelajuannya.

Beliau tentu sekali akan mendapat bantuan dan sokongan yang cukup dari De Bruyne dan satu hal yang pasti, Man City bakal menjadi pasukan yang paling digeruni pada musim hadapan.

Baca yang lain

Tuchel Tuduh Pengadil Memihak Arsenal

Thomas Tuchel menuduh pengadil sebagai berat sebelah memihak kepada Arsenal. Ini selepas beberapa keputusan pengadil dianggap memihak Arsenal dan tidak kepada Bayern.