Malaysia berjaya mencipta satu lagi kemenangan dalam aksi Piala AFF 2020.
Malaysia menang 4-0 ke atas pasukan Laos dan menepati statusnya turun sebagai pasukan pilihan dalam perlawanan ini.
Berikut adalah 5 perkara yang digariskan:
1. Safawi hatrik
Pastinya ini adalah perkara yang pertama akan digariskan. Safawi poaching ability sebelum ini memang bagus. Namun musim ini beliau bergelut untuk mendapatkan semula naluri positioning dan penyudah itu.
Hari ini Safawi Rashid berjaya melakukan hatrik. Ianya diharap akan menjadi pembakar semangat dan mengembalikan semula keyakinan Pawi.
Kini beliau berada dalam persaingan kasut emas.
Safawi Rasid dilihat menikmati perlawanan pada hari ini dan ianya bermakna penyokong Malaysia gembira melihatnya.
2. Dua kemenangan bermakna permulaan sempurna
Selepas dua perlawanan, Malaysia memulakan kempen dengan enam mata. Mata penuh dalam dua perlawanan ini sangat penting.
Ini kerana di atas kertas, dua perlawanan awal ini adalah perlawanan yang sudah pasti berada dalam senarai untuk dimenangi.
Selepas ini Malaysia akan berdepan pilihan utama kejohanan iaitu Vietnam. Motivasi yang berharga selepas dua perlawanan.
3. Clean sheet
Kemenangan dengan clean sheet adalah perkara yang sangat bermakna. Kredit kepada Khairul Fahmi Che Mat yang sekali lagi berjaya membantu Malaysia mengutip 3 mata.
Khairul Fahmi adalah pemain yang menjadi bidan terjun dipanggil menggantikan penjaga gol yang menjalani kuarantin.
Malaysia melakukan beberapa kesilapan pada awal perlawanan namun masih berjaya memastikan bahawa Laos tak akan mendapat gol hari ini.
4. Pertukaran pasukan
Tan Cheng Hoe memutuskan untuk melakukan perubahan pasukan pada hari ini terutama sekali di front 3.
Kesebelasan Utama & Pemain Simpanan Harimau Malaya
Piala Suzuki AFF 2020 | Khamis, 9 Disember 2021
⚽ MALAYSIA 🇲🇾 🆚 🇱🇦 LAOS
🕣 5.30 petang ini
🏟 Stadium Bishan, Singapura#FAM #HarimauMalaya #AFFSuzukiCup2020 #MASvLAO #RivalriesNeverDie #EmergingStrongerTogether pic.twitter.com/MWjfJ7HbA5— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) December 9, 2021
Ini juga isyarat jelas kepada De Paula Fenomeno bahawa tiada pemain yang akan dapat slot automatik dalam pasukan kali ini.
Selain itu, Malaysia membuktikan bahawa setiap pemain sekarang ini mampu memberikan sumbangan dengan cara tersendiri.
Ianya berjaya mengubah corak permainan yang lebih decisive. Luqman Hakim dan Arif Aiman rajin untuk mengutip bola dari deep area dan cuba mencipta peluang gol.
Banyak off ball running dilakukan pada hari ini terutama sekali ketika Laos cuba bermain garisan tinggi.
Ini termasuk off ball running daripada pertahanan yang menghasilkan gol iaitu Shahrul Saad.
Namun agak mengecewakan sedikit je la, sedikit ye, tiada finishing lebih baik pada separuh masa pertama.
Seterusnya pemain pemain muda dan senior bermain dengan baik. Tiada isu senioriti dan berlagak boss di atas padang setakat ini.
5. Set piece dan kecergasan
Nak tak nak harus juga kita gariskan perkara ini. Malaysia memberikan ancaman yang sangat besar daripada situasi bola mati.
Laos bermain zonal marking dan ianya tidak dlakukan dengan lebih baik.
Berdasarkan aksi pada hari ini, Malaysia jelas sekali cuba mengelak daripada cedera. Dua perlawanan awal ini di permukaan padang yang agak mengecewakan.
Namun Malaysia berjaya memastikan tiada kecederaan pemain dan juga dua kali membawa 3 mata.
Mungkin dari segi taktikal, sukar untuk kita mengharapkan taktikal yang lebih fluid berdasarkan kualiti padang dalam dua perlawanan ini.
So, kudos!
Rumusan
Malaysia berjaya memastikan permulaan sempurna dan mengawal kempen mereka kali ini.
Seterusnya cabaran pastinya lebih sukar.
Tan Cheng Hoe menurunkan pasukan yang bagus pada hari ini dan kemugkinan akan dikekalkan untuk perlawanan seterusnya? Siapa tahu.