Havertz Terus Balas Kepercayaan Arteta Dengan Gol Kemenangan Penting

Kai Havertz sekali lagi membuktikan bahawa dia adalah pemain untuk momen penting. Sebelum ini dia pernah mencetak gol kejuaraan UCL buat bekas pasukan lamanya.

Dan semalam dia sekali lagi melakukan magis apabila diperlukan ketika Arsenal kebuntuan mencari gol kedua.

Arsenal telah memulakan perlawanan dengan sangat baik dan mendahului terlebih dahulu menerusi Declan Rice.

Namun pada lewat separuh masa pertama, pada masa kecederaan, Aaron Ramsdale melakukan kesilapan komedi yang membolehkan lawan menyamakan kedudukan.

Pada separuh masa kedua, Arsenal diberikan tekanan oleh Brentforf yang bermain sangat fizikal serta cuba melengahkan perlawanan.

Namun tekanan itu reda jua apabila Kai Havertz meletakkan diri dia di kedudukan yang tepat pada masa yang tepat dalam kotak penalti. Dia menyambar hantaran Martin Odegaard dan itu adalah gol yang melonjakkan Arsenal ke tangga teratas sekurang kurangnya untuk 24 jam.

Tandukan itu sangat baik. Havertz yang tidak dikawal melonjak dan mengapungkan diri dia di udara untuk menerima hantaran tersebut.

“Hanya Arteta percayakan pemain ini sebelum ini, kita pula mengecamnya. Ternyata Arteta betul,” tegas seorang peminat Gunners yang mengakui bahawa Kai Havertz benar benar menjadi nadi penting Arsenal musim ini walaupun memulakan proses karier di Arsenal dengan prestasi kurang meyakinkan di hadapan gol.

Havertz sebelum ini mencetak gol kemenangan lewat ke atas pasukan sama pada aksi pertama mereka.

Dia sudah mencetak gol atau assist dalam 4 penampilan terakhir berurut turut dalam EPL setakat ini. Ternyata Kai Havertz benar benar membalas kepercayaan Arteta kepadanya.

Kini tekanan berada di bahu Liverpool dan Manchester City yang akan bertemu dalam aksi hari ini. Arsenal pasti mengharapkan tiada pemenang di Anfield malam ini untuk membolehkan mereka mendapatkan kelebihan dalam persaingan liga selepas 28 perlawanan.

Baca yang lain

Cassano Anggap Leao Perasan Bagus

Antonio Cassano sekali lagi membuat kenyataan kontroversi, kali ini dia mensasarkan kepada Rafael Leao. Dia melabel pemain Milan itu sebagai pemain yang