Arsenal kini menghimpit Liverpool di tangga teratas liga. Skuad Mikel Arteta mencatatkan keputusan positif di kala pasukan seperti Chelsea dan Manchester City terkena penangan drama Boxing Day.
Kai Havertz memastikan Arsenal memintas kelab lamanya, Chelsea dalam carta Liga Perdana Inggeris. Arsenal menang tipis 1-0 ke atas Ipswich Town dalam aksi awal pagi tadi.
Havertz yang kerap dikritik kerana aksi kurang konsisten sekali lagi menunjukkan bahawa dia boleh menjadi pemain yang menjaringkan gol penting untuk The Gunners.
Arsenal turun tanpa ayam tambatan mereka Bukayo Saka yang disahkan sendiri oleh Arteta mengalami kecederaan.
Namun The Gunners benar benar dominan dalam aksi kedua dua babak dalam perlawanan ini.
Skuad Ipswich Town bimbingan Kieran McKenna langsung tidak ada percubaan tepat dalam perlawanan ini.
Arsenal melancarkan 13 percubaan ke gawang lawan dengan 5 percubaan tepat. Harus diakui jentera serangan Arsenal mungkin harus lebih agresif untuk mencipta peluang.
Tetapi pertahanan mereka bermain dengan sangat baik dalam usaha mereka melindungi jaringan pendahuluan Kai Havertz.
Havertz kini sudah mencetak 12 gol dalam semua pertandingan. Hanya Mo Salah dan Erling Haaland menjadi pemain Liga Inggeris yang melakukan lebih banyak daripadanya.
Mohamed Salah (19) and Erling Haaland (18) are the only Premier League players to score more goals across all competitions this season than Kai Havertz (12).
Eight of them have now come at the Emirates. 🏟️#ARSIPS pic.twitter.com/Q3mbkaa30u
— Squawka Live (@Squawka_Live) December 27, 2024
Keputusan ini membolehkan Arsenal kini berada di tangga kedua. Ini selepas Chelsea keciciran mata dalam aksi sehari lebih awal.
Arsenal hanya enam mata daripada pasukan tangga teratas Liverpool. Dan ternyata The Gunners benar benar kembali menjadi pesaing kejuaraan yang serius.
Arsenal pastinya sangat lega meraih kemenangan dalam perlawanan ini. Kerana jadual mereka selepas ini agak penuh dengan cabaran.
Aksi seterusnya, Arsenal akan berkunjung ke Brentford, Brighton sebelum aksi di laman sendiri menentang Newcastle yang sentiasa sukar untuk mereka dalam beberapa musim ini.
Kemudian Arsenal akan berdepan dengan Man United dalam aksi Piala FA diikuti derbi London Utara menentang Spurs, diikuti aksi menentang Aston Villa di gelanggang sendiri.
Baca juga: Arteta Sahkan Bukayo Saka Rehat Panjang, Ini Senarai Perlawanan Yang Dia Bakal Terlepas
Mikel Arteta mengesahkan bahawa Bukayo Saka tidak dalam keadaan yang baik. Dan pemain itu bakal berehat panjang.
Laporan yang lain menyebut bahawa Saka akan berehat sekitar 4 sehingga 6 minggu.
Saka mengalami kecederaan dalam kemenangan besar Arsenal 5-1 ke atas Crystal Palace.
Mikel Arteta berkata: “Keadaan dia agak tidak bagus. Dia akan tersisih untuk banyak minggu. Ianya satu tamparan hebat buat kami.
“Ianya akan menjad satu latihan yang besar untuk kami mengatasi cabaran lain.”
Ketiadaan Saka pastinya akan menjadi tamparan hebat buat Arsenal. Di mana pemain antarabangsa England itu telah menyumbang kepada 9 gol dan 13 assist musim ini untuk Arsenal.
Mikel Arteta confirms Bukayo Saka will miss ‘many weeks’ through a hamstring injury.
He’s contributed 9 goals and 13 assists this season 😞 pic.twitter.com/XkbMsuWN5f
— B/R Football (@brfootball) December 23, 2024
Saka juga menjadi top 3 untuk pemain yang paling banyak sumbangan kepada gol dalam Liga Perdana Inggeris musim ini setakat ini.
Most goal contributions by Premier League players across all competitions this season:
32 – Mohamed Salah
22 – Bukayo Saka
19 – Erling HaalandIn a league of his own 📈 pic.twitter.com/DNbRFcc56a
— Football on TNT Sports (@footballontnt) December 22, 2024
Ini adalah perlawanan yang Saka berpotensi untuk terlepas kerana pemulihan daripada kecederaan – dalam jadual Arsenal yang sangat padat. Antaranya aksi menentang Newcastle dalam Piala Carabao.
Kemudian aksi dalam Piala FA menentang Man United serta aksi derbi London Utara berdepan dengan Tottenham Hotspur.
Arsenal are in huge trouble without Bukayo Saka 😬 pic.twitter.com/22nuPjZ6N2
— talkSPORT (@talkSPORT) December 23, 2024
Arsenal kini masih bersaing dalam perebutan Liga Perdana Inggeris dan juga Liga Juara Juara Eropah.
Ini selepas mereka dua musim berturut turut terlepas peluang menjuarai EPL kepada Man City.
Dengan prestasi tidak menentu Man City musim ini, Arsenal pastinya mahu menjadikan musim ini sebagai kesempatan untuk mereka dalam usaha menamatkan kemarau EPL kelab itu.