Hawk Eye Beri Alasan Pelik Kenapa Gol Sheffield Ini Tak Disahkan Goal Line Technology

Liga Perdana Inggeris akhirnya kembali bersambung. Dan hanya pada hari pertama sambungan semula liga terus timbul kontroversi.

Ianya berlaku pada minit ke-38 dalam aksi Aston Villa vs Sheffield United. Di mana Goal line technology nampaknya gagal berfungsi dengan baik.

Oliver Norwood melakukan sepakan percuma ke dalam kotak Villa yang ditangkap penjaga gawang Orjan Nyland yang kelihatan hilang keseimbangan dan berpaut pada tiang gol.

Bola dah masuk kot

Apa yang kontroversi, beliau kelihatan sudah membuatkan bola itu masuk ke dalam gawang.

Tetapi tidak ada gol yang diberikan, walaupun ulang tayang menunjukkannya ia jelas gol.

Norwood menyatakan beliau kecewa: “Apa guna VAR? Dah tentu diorang boleh tengok dan kata ia gol. Macam ada orang takut buat keputusan.”

Jadi apa yang berlaku? Sejurus selepas itu, terdapat banyak laporan yang berbeza tentang perkara itu.

Ada yang mendakwa teknologi garisan gol itu tidak dihidupkan, yang lain mendakwa kamera Hawkeye tidak dapat melihat bola.

Sementara di Sky Sports, Jamie Redknapp mencadangkan jam tangan Michael Oliver pastinya ada menerima isyarat itu gol.

Dengan begitu banyak pandangan muncul, Hawk-Eye, penyedia teknologi garisan gol, bertindak  pantas untuk mengeluarkan pernyataan mengenai kontroversi tersebut.

Hawk Eye mengesahkan ia memang gol tetapi tak dapat dikesan

Hawk Eye menyatakan: “Ketika aksi di antara Aston Villa vs Sheffield di Villa Park, ada insiden atas garisan gol di mana bola dibawa masuk oleh penjaga gol Aston Villa No.25 Nyland.”

“Pegawai perlawanan tidak menerima isyarat gol di jam mahupun di earphone mereka seperti yang termaktub dalam protokol Goal Decision System (GDS).”

“Ada tujuh kamera dipasang di sekitar kawasan gol telah dihadang pandangannya oleh penjaga gol, pertahanan, dan tiang gol.”

“Hadangan pandangan seperti ini tidak pernah berlaku sejak Hawk Eye Goal Line Technology digunakan dalam lebih 9,000 perlawanan.”

“Sistem telah diuji dan disahkan berfungsi baik sebelum perlawanan bermula berdasarkan IFAB Laws of The Game dan disahkan berfungsi oleh pegawai-pegawai perlawanan.”

“Sistem tersebut juga kekal berfungsi sepanjang perlawanan.”

Hawk Eye kemudian meminta maaf di atas ralat pada sistem mereka yang membuatkan Sheffield terlepas 3 mata. Yang penting untuk pasukan tersebut dalam usaha mereka mahu mengejar slot ke Eropah musim hadapan.

“Hawkeye meminta maaf kepada EPL dan Sheffield United dan kesemua yang terkesan dengan insiden ini.”

Ramai yang menganggap alasan itu sebagai pelik. Kerana selama ini, ada bola yang didakap dan terhalang daripada pandangan kamera pun dapat dikesan gol atau tidak.