Hazard Ikrar Setia Dengan Real Madrid: “Saya Akan Kekal, Jangan Risau”

Eden Hazard sangat terbuka ketika bercakap tentang masa depannya.

Dan pemain itu berkata dia akan terus setia bersama dengan Real Madrid musim hadapan.

Sekaligus menepis spekulasi tentang masa depannya.

Walaupun tidak mendapat minit perlawanan yang banyak di Real Madrid, malah hampir menjadi pemain yang dilupakan, namun Hazard tidak peduli.

Dia mahu meraikan tahun terakhir kontraknya di Real Madrid dengan terus bersama kelab itu.

Eden Hazard ditandatangani Real Madrid dari Chelsea dengan nilai lebih €130 juta secara keseluruhan.

Namun sejak tiba di sana, dia hanya menjadi pemain yang memanaskan bangku simpanan.

Berdepan krisis prestasi dan kecergasan sepanjang di Real Madrid.

Real Madrid dilaporkan mahu menjual Eden Hazard sejak musim lalu lagi. Namun gagal mencari pembeli yang sanggup membayar gaji pemain itu.

Eden Hazard pada masa yang sama tidak mahu berpindah ke kelab lain.

Di Real Madrid, Hazard langsung tidak ada peluang menjadi pemain utama. Memandangkan kelab itu memiliki Vinicius Jr yang berkembang menjadi salah seorang winger terbaik dunia pada masa ini.

Hazard pula seringkali gagal menggunakan peluangnya yang terhad untuk membuktikan dirinya.

Tetapi pemain Belgium itu kekal gembira dengan kariernya di Real Madrid walaupun tidak seperti aksinya di Chelsea sebelum ini.

Hazard berkata: “Jujur saya cakap, saya merancang untuk terus kekal di Real Madrid pada musim hadapan.”

“Saya menjangkakan saaya akan terus kekal, dan saya mahu meraikan tahun terakhir kontrak saya di sini.”

Baca yang lain