Hazard: ‘Jika Lille Juara, Mereka Lebih Bagus Dari Kami Dulu, Sebab Ada PSG Versi Qatar’

Eden Hazard menjadi arkitek penting yang membantu Lille juara Ligue 1 pada 2011. Namun pemain Real Madrid itu percaya bahawa, pasukan Lille yang ada hari ini, jika mereka juara, bermakna mereka lebih bagus daripada pasukan 2011.

Lille memasuki minggu terakhir Ligue 1 dengan kelebihan hanya 1 mata berbanding PSG. Lille perlu menang perlawanan terakhir dan tak perlu memikirkan keputusan yang dicapai PSG.

Eden Hazard percaya pasukan Lille hari ini harus diberikan penghormatan lebih besar dan tak perlu dibandingkan dengan pasukan tahun 2011. Ini kerana pada 2011, Ligue 1 masih belum ada PSG yang menurut Hazard versi minyak Qatar.

“Dah tentu saya masih menonton perlawanan Lille. Dan saya menontonnya bersama dengan anak anak.”

“Sekarang ni, bila mereka mendengar nama Lille dalam tv, mereka akan tahu, itulah tempat daddy main dulu. Anak sulung saya lahir di Perancis, ketika saya bermain untuk Lille.”

“Kesemua mereka tahu segalanya bermula di sini [Lille]. Tapi sebenarnya, saya tak menonton kesemua perlawanan seperti mana ketika dua atau tiga tahun selepas saya meninggalkan Leicester. Sebab saya sekarang berusia 30 tahun, ada anak dan banyak tanggungjawab lain nak buat.”

“Dan juga, dah tak ada pemain yang saya kenal dahulu ada dalam pasukan hari ini. Namun, kalau ada kesempatan saya akan menonton aksi Lille.”

“Jujunya, jika mereka juara musim ini, mereka pasukan yang lebih bagus daripada kami pada 2011. Kerana sekarang ni ada PSG versi Qatar yang membuatkan mereka sukar sekali nak menang liga.”

“Penyokong Lille berhak menikmati kejayaan ini. Ketika kita menang double, mereka harus menunggu 50 tahun untuk menyaksikan kelab memenangi trofi liga pertama sejak sekian lama.”

“Dan dalam keadaan yang sukar ini, ianya sangat bagus untuk semua orang. Mereka yang di utara berhak mendapatnya, dan paling penting, para pemain berhak mendapatkannya.”

Hazard bermain 5 musim bersama Lille sebelum menyertai Chelsea. Ketika di Lille Hazard menjaringkan 36 gol daripada 147 perlawanan.

Hazard segera menjadi bakat elit idaman kelab kelab di Eropah ketika itu.

Hazard kini beraksi untuk pasukan impiannya dari kecil iaitu Real Madrid. Namun Hazard berdepan dengan keskukaran untuk mempamerkan aksi selayaknya sebagai pemain EUR100 juta.

 


 

 

Baca juga: Mavuba Kongsi Kisah Gila Eden Hazard Cetak Hatrik 30 Minit Dalam Keadaan Masih Mabuk

Eden Hazard merupakan salah seorang pemain terbaik dalam generasinya. Walaupun ketika ini, prestasinya bersama dengan Real Madrid masih jauh daripada apa yang diharapkan daripada beliau.

Kehebatan Hazard sehinggakan dia boleh mencetak hatrik dalam keadaan dia masih mabuk di atas padang.

Hazard menyertai Chelsea dari Lille dan menjadi pemain yang luar biasa ketika bersama The Blues. Di Lille beliau membantu kelab tersebut menjadi juara Perancis.

Hazard pernah cetak hatrik dalam keadaan masih mabuk

Bekas rakan sepasukannya di Lille, Rio Mavuba berkongsi kisah bagaimana Eden Hazard pernah bermain dalam keadaan masih mabuk tetapi tetap mencetak hatrik dalam masa 30 minit.

Peristiwa itu berlaku pada 2012, ketika Lille beraksi aksi terakhir liga mereka menentang Nancy.

Pada malam sebelum perlawanan, Hazard mengajak rakan rakannya berparti dan mabuk sehingga lewat pagi. Ianya adalah parti perpisahan Hazard sebelum beliau ke Chelsea dan ianya dihadiri rakan rakannya yang terdekat seperti Joe Cole, Dimitri Payet dan Mathieu Debuchy.

Mavuba berkata “Kami sudah pasti sah berada di tempat ketiga dan Nancy bukan perlawanan penting lagi. Kami pun memutuskan untuk pergi minum-minum sedikit. Namun ianya bertukar menjadi lain pula. Dan pagi harinya Hazard masih mabuk.”

“Dia juga tidak tidur. Eden Hazard minum dan mabuk sepanjang malam, namun mampu membuat hatrik dalam 30 minit. Kami yang sedar akan keadaan itu cuma saling berpandangan satu sama lain dalam keadaan kehairanan.”

Hazard memang tak pernah serius

Bekas rakan sepasukan Eden Hazard di Chelsea, Filipe Luiz turut menganggap Hazard seorang pemain yang tak pernah serius. Luiz mendedahkan bahawa Eden Hazard seorang pemain yang sangat berbakat namun beliau tidak bercita cita tinggi.

Itu yang menghalang Eden Hazard menjadi pemain terbaik dunia seperti Lionel Messi.

Luiz menganggap Hazard terlalu kasual dan santai dengan bakat yang beliau miliki. Malah sebelum perlawanan bermula, Hazard sempat bermain seround dua permainan Mario Kart.

Hazard kadangkala memanaskan badannya dengan kasut yang tak diikat.

Luiz berkata: “Eden Hazard adalah sebaris Neymar, pemain terbaik yang saya pernah bermain bersama dalam pasukan – setaraf dengan bakat Lionel Messi.”

“Hazard tidak berlatih bersungguh sungguh. Lima minit seelum perawanan bermula, dia semat bermain Mario Kart di bilik persalinan.”

“Hazard boleh memanaskan badannya dengan kasut yang tak diikat. Namun di atas padang, tetap tiada seorang pun yang mampu merampas bola daripadanya.”

“Dia mampu menggelecek melepasi 3 atau 4 orang pemain dan memenangi perlawanan dengan seorang diri.”

“Hazard sangat berbakat. Namun mungkin dia hanya kurang bercita cita tinggi untuk menyatakan: ‘Saya akan menjadi pemain terbaik di dunia’. Kerana sebenarnya dia mampu melakukannya.”

Bayangkan jika Hazard lebih serius dalam kariernya, pastinya dia akan berada dalam senarai elit bersaing dengan Ronaldo dan Messi atau Neymar setiap musim untuk Ballon d’Or atau FIFA Best.

Beliau memiliki segalanya yang diperlukan sebagai bintang dunia. Skil, kreativiti dan ketajaman. Hazard juga pemain yang membuatkan pertahanan gentar berhadapan dengannya kerana keupayaan menggelecek Hazard memang sukar ditandingi.

Namun sayangnya, dia semakin sukar dengan keadaan fizikal dan kecederaan beliau. Hazard pernah mengakui dia sedar bahawa dia susah mengawal disiplinnya terutama sekali dalam pemakanan.

Namun Zidane masih percayakan Hazard dan yakin pemain itu akan menjadi bintang yang mereka harapkan selepas ini. Hazard dibeli dengan nilai EUR120 juta oleh Real Madrid walaupun ketika itu kontraknya sudah hampir berakhir dengan Chelsea.