Hazard Peminat Arsenal

Eden Hazard boleh dikatakan legenda Chelsea. Bermain untuk kelab tersebut sebanyak 7 musim dan menikmati karier terbaiknya setakat ini.

Tetapi sebenarnya, Hazard terpaksa membuat pengakuan yang dia sendiri anggap sukar untuk menyatakannya. Kerana ternyata Hazard merupakan peminat pasukan Arsenal ketika beliau masih kecil.

Eden Hazard dibawa oleh Chelsea dari Lille pada tahun 2012 dengan harga €35 juta. Selepas kariernya yang cemerlang di Chelsea, Pada tahun 2019, Hazard dibeli oleh Real Madrid.

Pada bulan bulan terakhir kontraknya, Real tetap sanggup membayar €115 juta untuk pemain tersebut.

Eden Hazard membuat 352 penampilan di Chelsea dalam semua pertandingan dengan merekodkan 110 gol dan 92 assist. Maka tidak hairanlah Eden Hazard menjadi idola di Stamford Bridge.

Bercerita tentang kelab mana dia sokong dan siapakah idolanya ketika kecil, Hazard berkata:

“Ketika saya masih kecil, pasukan yang paling saya sukai adalah pasukan kebangsaan Perancis,” kata Hazard kepada Front Foot.

“Pemain yang paling saya kagumi ialah Zinedine Zidane dan Thierry Henry.”

Oleh kerana ketika itu Arsenal memiliki ramai pemain bintang dari Perancis, maka Hazard turut meminati Arsenal.

“Saya sangat menyukai pasukan Arsenal pada masa itu. Mereka juga mempunyai Robert Pires, Sylvain Wiltord dan Patrick Vieira, pemain Perancis yang saya tonton ketika saya membesar.”

“Sukar bagi saya untuk mengakuinya kerana hubungan saya dengan Chelsea,” katanya lagi.

Hazard kini masih bergelut dengan kecederaan dan kecergasannya di Real Madrid. Beliau masih gagal untuk membuktikan kualiti berdasarkan harga yang dibayar Real Madrid kepadanya.