Hazard Perlekeh Pemain Yang Beriya Raikan Gol Tap In

Eden Hazard memperlekehkan beberapa penyerang pada hari ini menjaringkan gol yang biasa biasa sahaja dan tak cantik.

Menurut Hazard, dia tidak akan meraikan gol yang tak cantik seperti sekadar tap in dengan girang kerana ianya tidak memberikan hiburan sebenar kepada penyokong.

Hazard di dalam kariernya dikenali sebagai pemain yang lincah dan penghibur di atas padang.

Kariernya cemerlang bersama dengan Lille dan kemudian sangat signifikan dengan Chelsea. Ketika menikmati prestasi luar biasa di tahun akhir bersama Chelsea, dia memutuskan untuk menyertai Real Madrid.

Dan di Real Madrid kariernya tidak seindah yang disangka sangka. Kerana masalah kecederaan dan masalah berat badannya.

Kini Hazard sudah pun bersara dari dunia bola sepak profesional.

Baru baru ini dia memberikan komen tentang pemain pemain yang berbakat semulajadi. Menurutnya hanya Messi yang lebih berbakat daripadanya. Dan Neymar dia meletakkan pemain itu dalam senarai ‘mungkin ya mungkin tidak’.

Namun Hazard sangat yakin bahawa dia adalah lebih berbakat daripada Cristiano Ronaldo. Yang merupakan antara pemain terbaik sepanjang zaman dan penjaring terbanyak di Real Madrid dalam sejarah.

Hazard akui Messi sebagai GOAT. Dan sebab itulah pemain itu sahaja yang dia rasakan lebih baik daripdanya, pada era mereka.

Komen Hzard itu benar benar kontroversi dan membuatkan peminat Real Madrid menggelarnya halusinasi.

Seterusnya Hazard turut memperlekeh penyerang penyerang yang suka membuat gol tap in.

“Ada beberapa pemain, saya tak akan sebut nama mereka. Saya hormati apa yang mereka buat. Namun mereka menjaringkan gol dengan melakukan ini [memberikan isyarat tap in dengan kakinya] sebanyak 3 kali dan lepas itu kita pun kagum, WOW!

“Mereka ni bermain dalam pasukan yang besar, mereka memenangi trofi namun hanya boleh melakukan perkara seremeh itu kepada penyokong pasukan mereka. Benda tu tidak ada maknanya bagi saya.

“Mereka ni langsung tak mengujakan saya. Bagi saya, Saya dulu bermain untuk menjadi pemain yang menghiburkan orang ramai. Hari ini perkara paling penting bagi mereka adalah gol dan assist.”

 

Baca yang lain