Jika korang mencari filem yang jenis feel good, Heart Attack ni dalam kategori filem yang boleh anda pertimbangkan untuk tonton.
Genre dia romantik-komedi. Pelakon perempuan dia korang mesti kena, Davika Hoorne, si hantu lawa dalam Pee Mak.
Filem Heart Attack ni dikeluarkan pada 2015.
Yoon Si Pereka Grafik
Ok, bercerita pasal Heart Attack ini, ianya berkisarkan pada seorang pemuda bernama Yoon, si freelancer graphic designer.
Perwatakan Yoon ni seorang yang muka macam malas tetapi dia efisien dalam kerjanya.
Yoon ni kategori workaholic dan kerja dia sebagai freelance ni memberikan lebih mudarat kepada badannya. Dah la workaholic kerja pula dalam bidang yang kejar deadline.
Filem ini secara tak langsung memberikan kita kesedaran agar menghargai hasil kerja orang grafik ni.
Mereka bekerja dengan kepakaran dan peralatan yang kompleks untuk orang macam kita ni faham.
Jadi, kesengsaraan mereka tu diulas dalam material yang sangat santai.
Mereka la yang menghilangkan benda yang ada dan mengadakan benda yang tak ada.
Bermacam karenah customer mereka turutkan termasuk buat saiz payu dara, dah jadi sebahagian kerja mereka.
Yoon dan rakannya Je buka satu bisnes kecilan namun sangat berpotensi kerana Je ni pandai cari lubang mana nak dapat klien.
Dalam filem ni Yoon ni macam ada hati juga dengan si Je ni. Tapi mereka berdua betul betul best friend dan rakan sekerja la.
Dan kalau korang jenis ada sahabat rapat daripada gender bertentangan, terutama sekali masa muda-muda, filem ni akan buatkan korang akan teringat kepada best friend korang.
Je ni ada sikap yang ‘bossy’ dan perfectionist tetapi dia pada masa yang sama seorang kawan yang sangat baik.
Yoon tiada jadual tetap. Perkara yang biasa untuk seorang pereka grafik bebas. Kecualilah korang memang jenis pereka grafik yang ‘stationed’ oleh syarikat.
Ada task masuk dia siapkan. Namun dia ni nak hadap semua kerja seorang diri. Je beberapa kali suruh seorang lagi mamat tu tolong Yoon la. Tapi Yoon merasakan itu mencabar dia.
Yoon tak suka orang lain buat kerja dia. Je tahu Yoon tak larat nak siapkan semua tugasan dia.
Badan Yoon Kata Tidak
Dan satu hari badannya memberikan signal dah tak larat. Dia ke klinik swasta sebab nak cepat. Tapi duit dia tak cukup. Mahal kot.
So dia ke hospital kerajaan. Di sana dia bertemu dengan doktor comel Dr. Im (Davika).
Dr. Im menyatakan kegatalan pada badannya kerana dia terlalu letih. Lalu Dr. Im menyuruh Yoon jaga tidur, pergi bersenam dan pergi berhibur. Badannya perlukan semua tu.
Yoon mana ada kawan. Si Je je lah. Tu pun busy macam dia. Sebab kerja dia ni sangat mustahil nak tolak assignment dan mustahil nak tidur ikut jadual.
Ada offer masuk, terus buat. Kalau tak hilang la duit tu dan orang lain pulak ambik.
Dia tak endahkan arahan doktor dan tak makan ubat. Lagipun ada ubat tu akan buatkan dia mengantuk. Satu hari dia pitam dan akhirnya dia jumpa doktor sekali lagi.
Di situ Dr. Im mengira lagi banyak bintik pada badannya sehingga ada mereka ke bahagian sulit.
Yoon kemudian akur dan cuba mengikut nasihat doktor dan dia berjaya mengurangkan bintik pada badannya.
Dr. Im nak tahu dengan dekat perkembangan Yoon ni sebab nak tahu sama ada dia doktor yang bagus atau tak, dapat bantu pesakit dia. Dia doktor baru.
Yoon cuba bekerja dengan masa yang dia tetapkan supaya masuk tidur awal. Akibat terlalu nak kejar jadual tidur, ada masalah dalam menyiapkan kerjanya untuk satu iklan syarikat besar.
Je pelik dengan Yoon yang tiba tiba banyak alasan termasuk pergi pengkebumian rakannya. Setahu Je, semua kawan Yoon dia kenal. Si Yoon ni mana ada kawan sangat, terperap dalam office kecik tu.
Apapun, Yoon berjaya juga ikut nasihat doktor dan tiada bintik pada badannya. Tetapi itu juga memberikan isyarat dia tak akan berjumpa dengan Dr. Im lagi.
Gilanya Yoon ni dia telah menyakitkan dirinya untuk bertemu doktor tu. Dia dah jatuh cinta dah tu.
Jauh pulak aku becerita ni. Apapun, filem ni naskah ringan yang baik untuk korang layan.
Sekali lagi aku ingatkan korang, filem yang menceritakan dilema seorang freelance graphic designer.
Pada masa yang sama, dia sepatutnya selective dalam kerjanya, kerana ada sesetengah kerja tu kita kena juga lepaskan kepada orang lain.
Badan kita ni ada had. Dan mesej jelas adalah, kos perubatan tu mahal dan badan kita lagi mahal daripada tu. Dan ingat, hidup tu cuma sekali sahaja. Hargai nyawa tu.