Heatmap Erling Haaland Yang Mengejutkan

Namaknya ada har untuk dilupakan selepas aksi hambar ketika Borussia Dortmund dibelasah oleh Hoffenheim.

Borussia Dortmund ketika liga disambung semula telah cuba untuk terus mengejar Bayern Munich. Namun sekali lagi mereka gagal melakukannya.

Erling Haaland telah menjadi fenomenal sejak menyertai Borussia Dortmund dari RB Salzburg pada Januari lalu.

Beliau terus menjadi pemain yang prolifik untuk musim ini, termasuk ketika di Bundesliga.

Namun semalam adalah hari untuk dilupakan oleh Haaland.

Beliau digerhanakan oleh prestasi cemerlang Andrej Kramaric, bekas penyerang Leicester City menjaringkan kesemua 4 gol pasukannya, dalam kemenangan 4-0 TSG Hoffenheim.

Selepas tamat perlawanan, para peminat telah berkongsi peta haba aksi Erling Braut Haaland.

Di mana kawasan Halaand adalah di tengah padang kerana dia banyak melakukan sepak mula selepas gol lawan.

Hoffenheim melakukan 13 percubaan, manakala pasukan tuan rumah, Borussia Dortmund hanya melakukan enam sahaja.

Hoffenheim mencatatkan 8 percubaan tepat berbanding 4 oleh Borussia Dortmund.

Kramaric memang luar biasa. Menjaringkan 4 gol hanya menerusi 6 percubaan yang beliau lakukan di atas padang.

Reputasi yang ada pada Erling Braut Haaland pastinya membuatkan ramai yang mahukan dia menjaringkan gol setiap perlawanan.

Namun harus diakui beliau tidak mampu melakukan perkara itu dan masih lagi pemain yang muda.

Baca yang lain