Hello, Moto!
Ok gais, akhirnya Motorola Razr menemui peminat sekali lagi. Kali ini versi Android.
Beberapa bulan lalu ada juga Cover pasal cerita ni. Tapi ni kira yang keluar sebenar. Motorola cuba memberikan ciri klasik dari masa lalu. Misalnya pada keyboard dia.
Pada bahagian dialer, New Razr akan memaparkan dialer klasik Motorola Razr.
Ya gambar atas ni New Razr. Bukan Razr lama yang diambil daripada stor simpanan.
Motorola Razr lipat ni boleh anda beli dengan harga sekitar $1,500 ataupun sekitar RM6,000.00 macam tu lah.
Ya telefon ni spec dia mid-range. Cuma rekaan dia sahaja bangsawan.
Dan versi yang keluar ni memang hampir sama dengan apa yang dibocorkan sebelum ini. Kononlah bocor. Wayang ni semua phuii.
Saiz skrin adalah 6.2 inci boleh lipat dengan panel plastik OLED yang dipacu oleh Android 9 Pie. Telefon ini akan diedarkan ke seluruh dunia pada Januari ini.
Razr yang baru ini juga dilengkapi dengan rekaan luar yang mengingatkan korang dengan Razr lama dulu.
Ianya ada fingerprint sensor dengan lubang pengecasan dia Type C la. Takkan bayar enam ribu tak dapat type C kan?
Berikut adalah spesifikasi New Razr
Snapdragon 710 processor
6GB RAM
128GB internal storage
6.2-inch foldable pOLED display (2142 x 876)
2.7-inch Quick View display (800 x 600)
16MP front-facing camera, f/1.7 with Night Vision mode
5MP internal camera
USB-C
eSIM
Android 9 Pie
Fingerprint reader
Bateri 2,510 mAh
Telefon ni kalau dibuka lipatan akan macam fon biasa yang lain. Ianya bersaiz 6.2 inci pada paparan dengan 21:9 panel plastik OLED.
Akron dia ada notch kat atas untuk menempatkan speaker dan kamera. Ada curve edge dekat rekaan di bahagian bawah.
Untuk paparan skrin kedua, kalau korang lipat, skrin tu bersaiz 2.7 inci – OLED display. Ini untuk Quick View display serta memaparkan notifikasi. Tu pun kalau korang tak mute WhatsApp setaun.
Tengok bawah ni. Amacam?
Here are some more pics of the new Motorola razr launching exclusively on Verizon in 2020 for $1500 pic.twitter.com/hfZ1n1AEvY
— Rich DeMuro (@richontech) November 14, 2019
Motorola dalam kenyataan mereka kepada The Verge menyatakan mereka sangat sangat yakin tidak akan ada masalah kelasakan pada skrin yang lipat lipat ni. Ini selepas Samsung Galaxy Fold mendapat maklumbalas yang sangat kritikal.
Jurucakap Motorola memberikan jaminan para pembeli tidak akan berhadapan dengan masalah ada serpihan skrin dan sebagainya.
“Kami tak akan jual produk untuk memberitahu pengguna, sila berhati hati ketika menggunakan telefon ini,” jelas jurucakap Motorola.
Jadi, korang macamana? Sudah teruja dengan New Razr?
Holy shiiiitt the new Motorola razr with foldable display is beyond sickkkkkk! $1,500 is expensive but compared to a $2,000 Galaxy Fold and $2,400 Mate X, it’s a damn steal. The razr comes out on Verizon in January 2020
My full thoughts here @inputmag: https://t.co/D1APV033vv pic.twitter.com/3gTL0i2qgI
— Raymond Wong📱💾📼 (@raywongy) November 14, 2019
RM6,000 untuk Spek mid-range tapi rekaan Power. Dan bateri cuma 2,510 mAh nak tampung 2 display?
Rujukan: The Verge