Henderson Terluka Tinggalkan Liverpool Namun Akui Ia Keputusan Tepat Oleh Kelab

Jordan Henderson gembira dengan prestasi Liverpool musim ini. Dan menganggap pemergiannya sebagai langkah tepat.

Henderson menyatakan, bahagian tengah Liverpool musim ini lebih baik daripada musim lalu.

Dia akui dia pergi pada masa yang tepat. Kerana Liverpool perlukan nafas baharu dalam skuad mereka.

Dengan perubahan struktur di tengah dan captaincy, Liverpool benar benar lebih baik pada musim ini.

“Imbas kembali, saya rasa ianya masa yang tepat untuk saya sebagai pemain untuk angkat kaki, dan juga satu kebaikan untuk mereka sebagai satu pasukan dan sebuah kelab, walaupun ketika itu ianya benar benar sukar.

“Ia detik sangat emosional. Mengenang kembali tempoh masa di sana, dan lihat semula keadaan hari ini, mudahnya, ianya keputusan yang tepat dibuat oleh pengurus dan kelab,” kata Henderson yang sebelum ini tidak ditawarkan kontrak baharu di Liverpool. Dan kemudian dia dibenarkan meninggalkan kelab untuk menyertai Liga Pro Saudi.

Kemudian Henderson juga menyatakan bahawa Virgil Van Dijk dan Trent Alexander Arnold dilantik menjadi kapten dan timbalan kapten pada masa yang terbaik.

“Jika kamu lihat pada Virgil [van Dijk] yang menjadi kapten, Trent [Alexander-Arnold] menjadi timbalannya, dan bagaimana mereka bangkit musim ini. Saya rasa itu telah memberikan satu lonjakan kepada mereka.

“Itu adalah perkara yang terbaik untuk kelab dan pasukan. Kamu boleh lihat sendiri prestasi mereka dan cara mereka bermain, walaupun ianya melukakan saya.

“Dalam bola sepak kamu harus move on. Saya gembira ianya menjadi untuk mereka setakat ini. Dan saya sentiasa berharap ia akan menjadi penamat yang penuh dongeng untuk Jurgen, kerana dia berhak.”

Jordan Henderson kini bersama dengan Ajax setelah mencapai kesepakatan penamatan kontrak dengan Al Ettifaq. Dia menjadi pemain penting Ajax ketika ini. Malah menjadi ketua pasukan Ajax sementara ketiadaan Steven Bergwijn yang cedera.

Ajax turut mempertimbangkan untuk memberikan Henderson jawatan kapten sepenuh masa, kerana diakui telah memberikan impak sangat positif di bilik persalinan dengan kualiti kepimpinannya terutama sekali kepada pemain muda.

Baca yang lain