Hendo Tak Akan Bermain Lagi, Tetapi Tetap Angkat Trofi

Jordan Henderson mengalami kecederaan ketika berhadapan dengan Brighton baru baru ini.

Dan Klopp mengesahkan pemain itu akan disisihkan untuk sepanjang baki musim ini. Kapten Liverpool itu tak akan bermain lagi bagi kempen musim ini.

Walaubagaimanapun Klopp tetap menyerahkan tugas menjulang trofi Liga Perdana Inggeris musim 2019/20 kepada pemain kebangsaan England itu.

Kapten The Reds itu akan kehilangan empat perlawanan terakhir musim ini kerana kecederaan lutut.

Klopp berkata: “Kami semua sangat merasakan kehilangannya, itu adalah saat yang mengerikan ketika dia terjatuh.”

“Semasa dia meninggalkan padang, kami terus tahu. Hendo, di Jerman kita akan mengatakan bahawa dia adalah binatang [animal] kerana dia bertarung dengan segalanya, jadi jika dia menderita kesakitan, dia tidak akan pernah memberitahu kamu.”

“Dia benar-benar dapat mengatasi kesakitan itu dan pada saat ini ketika anda melihatnya, dia tahu ada sesuatu yang tidak seharusnya berlaku dan kita semua merasakannya. Itu adalah pembunuh mood yang sepenuhnya.”

“Para pemain masuk, mereka tidak tahu keadaan sebenarnya [mengenai kecederaan Hendo]. ”

“Dan ianya adalah 3-1, hebat, saya memberitahu mereka bahawa memenangi perlawanan di tempat lawan di Liga Perdana adalah luar biasa bagi semua pasukan di dunia.”

“Jadi ini luar biasa bagi kami dan kami semestinya sangat gembira mengenainya.”

“Budak budak ni gembira dengannya, tetapi kemudian anda menyedari Hendo berada di sudut katil. Semua orang merasa tidak best dengan keadaan itu.”

“Dia selayaknya menjulang trofi – dan dia akan menjulang trofi. Seperti yang saya katakan, tidak perlu pembedahan, itulah berita baik.”

“Untuk benda yang lain, kita boleh akan buat keputusan sendiri – atau saya fikir sekurang-kurangnya beberapa keputusan yang akan diambil – bagaimana ia akan berlaku di sekitar piala tu.”

“Tetapi Hendo akan menjulang trofi.”

Jordan Henderson menjaringkan satu gol yang cantik dalam menentang Brighton.

Hendo bakal menunjukkan skil menjulang trofinya sekali lagi dengan gaya bertenggek.

Hendo sebelum ini sudah menjulang Liga Juara Juara Eropah, Piala Super Eropah dan Piala Dunia kelab.

Baca yang lain