Henry Iktiraf Mbappe Lebih Bagus Daripadanya Dan Puji Griezmann

Thierry Henry mengiktiraf Mbappe adalah lebih bagus dan sudah menjadi lebih besar daripada dalam sejarah bola sepak Perancis.

Sambil menyatakan kekagumannya kepada Antoine Griezmann yang dianggap pemain paling kurang diberikan penghargaan atau underrated.

Nama Thierry Henry seringkali dianggap antara penyerang terbaik Perancis dalam sejarah. Dan namanya tidak terlepas daripada perbandingan dengan Mbappe.

Gaya permainan Mbappe dianggap mirip kepada Henry. Laju dan efektif di atas padang. Mereka juga tipikal playmaker dan juga finisher yang sejati.

Ketika usia lewat remaja, Mbappe sudah membantu Perancis menjadi juara Piala Dunia 2018. Henry walaupun menjuarai Piala Dunia 1998 bersama Perancis namun ketika itu dia bukan bintang utama.

Henry bagaimanapun menjadi bintang yang luar biasa ketika di Arsenal selepas itu. Dia membangun menjadi bakat elit di dunia dan menjadi penyerang utama Perancis pada eranya.

Namun Henry dengan rendah diri menyatakan Mbappe adalah lebih bagus dan sudah melepasi legasinya di dalam sejarah bola sepak Perancis.

Seterusnya Henry menganggap ramai yang kurang memberikan penghargaan kepada Griezmann. Pemain yang boleh bermain dengan berkesan dalam 4 posisi serangan utama di atas padang. Sama ada sebagai no.9, no.10 atau sayap kanan mahupun sayap kiri.

Henry berkata: “Kylian Mbappe sudah pun mengatasi legasi saya. Dan Antoine Griezmann, sangat tidak diberikan penghargaan dalam sejarah.

“Kita selalu bercakap tentang Kylian Mbappe. Dan saya selalu mengkritiknya.

“Namun tengok pada Griezu [Griezmann], hantaran dia dan gol dia sangat luar biasa.

“Berapa ramai pemain yang boleh bermain secara efektif dalam kesemua 4 posisi serangan sama macam Griezmann?”

Sebelum ini Henry memuji Mbappe sebagai pemain yang lebih bagus daripada Erling Haaland kerana lebih versatil.

Henry berkata: “Kylian Mbappe lebih bagus daripada Erling Haaland. Mbappe boleh mencipta peluang dan menyudahkannya. Sementara Haaland hanyalah seorang penyudah.

“Mbappe boleh bermain di mana mana posisi di bahagian serangan. Sementara Haaland hanya boleh bermain posisi penyerang tengah,” tegas legenda Perancis itu lagi yang kini menjadi pundit kesayangan ramai.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di