Henry Ingatkan Lukaku Sekali Lagi: “Chelsea Tidak Sesuai Dengan Kamu”

Thierry Henry telah mendedahkan bahawa Romelu Lukaku telah mengabaikan nasihatnya ketika penyerang itu bertanya pendapatnya tentang perpindahan ke Chelsea.

Dan kali ini Henry turut bependapat perkara yang sama ketika Chelsea dikatakan sedia membawa pulang penyerang itu sekali lagi.

Lukaku malah melengkapkan kepulangan malang ke Chelsea pada musim panas 2021, akui legenda Arsenal itu.

Pemain antarabangsa Belgium itu, 29, kembali ke Stamford Bridge dalam perpindahan rekod kelab £97.5 juta tetapi menjaringkan 15 gol dalam semua pertandingan.

Itu adalah separuh daripada jumlah yang dia berjaya jaringkan pada musim sebelumnya untuk Inter Milan apabila mereka memenangi Serie A mendorong Chelsea untuk menandatangani semula pemain yang membuat 15 penampilan tanpa jaringan untuk mereka antara 2011 dan 2013.

Lukaku kemudian tidak merahsiakan rasa tidak senangnya dengan sistem Thomas Tuchel dan mengkritik pengurus Chelsea ketika itu dalam temu bual yang kontroversi.

Dia kembali ke Inter secara pinjaman pada musim panas lalu dan telah menjaringkan empat gol musim ini, termasuk pemenang lewat dalam perlawanan Liga Juara-Juara menentang Porto pada malam Rabu.

Chelsea kini dikatakan sedia untuk memanggil semula Romelu Lukaku untuk diserap semula dalam skuad Graham Potter musim hadapan.

Pemain itu berpindah secara pinjaman ke Inter Milan. Dan pernah membayangkan bahawa dia tak akan kembali semula ke Chelsea lagi.

Henry mengenali pemain itu dengan baik ketika menjadi penolong jurulatih dalam skuad Belgium.

Lukaku sendiri mengakui Henry banyak membantunya ketika dia memperbaiki cara posisi dan penyudahnya sehingga menikmati musim musim prolifiknya.

Henry kemudian menentang idea Lukaku mahu ke Chelsea semula

“Kami mengadakan perbincangan apabila dia pergi ke Chelsea,” kata Henry mengenai Lukaku di CBS Sports.

“Saya memberitahunya dia akan berasa sukar untuk bermain di Chelsea dan itu berlaku kerana cara Tuchel pendekatan Tuchel dalam permainan taktikalnya.”

“Tekanan, peranan pemain No.9 dan pemain sayap perlu berubah. Rom suka kekal di tempatnya; beri dia ‘makan’, mainkan dia awal permainan, dia akan cuba membuli anda, berpusing, kekal di dalam kotak, menyeberang kawasan padang.”

“Dia jenis No yang berbeza. . .no. 9 yang berbeza dengan apa yang Tuchel mahukan.”

“Sekarang, adakah dia akan sesuai dengan apa yang [Graham] Potter cuba lakukan? Saya rasa mereka sedang bergelut dengan itu, apatah lagi dengan dia dalam skuad.”

“Tetapi apa yang dia mahu lakukan? Saya rasa dia tidak mahu kembali, itu perkara utama.”

“Saya fikir dia mahu kekal di Inter, dan di situlah mungkin akan berlaku sedikit perbalahan jika mereka mahu dia kembali. . sebab saya rasa dia nak kekal di sana.”

“Cara dia balik. Dia cakap, dia cakap hari lepas, ‘semua orang tahu apa yang saya nak buat, apa yang saya nak buat ialah kekal’.”