Henry Kongsi Detik Dia Dikeluarkan Guardiola Hanya Kerana Skor Dari Sebelah Kanan

Pep Guardiola merupakan pengurus yang sangat mementingkan taktikal dan juga permainan berpasukan.

Ada satu peristiwa di mana Pep Guardiola mengeluarkan Thierry Henry hanya kerana pemain itu menjaringkan gol dari posisi sayap kanan.

Thierry Henry memberitahu Sky Sports, Pep Guardiola seorang pengurus yang sangat cerewet mahukan para pemainnya kekal di posisi masing-masing.

Dalam satu perlawanan menentang Sporting Lisbon, Henry telah meninggalkan posisi sayap kiri dengan beralih ke sayap kanan.

Jika di Arsenal, itu bukanlah satu masalah bagi Henry. Kerana belum memang diberikan kebebasan yang sangat tinggi oleh Arsene Wenger.

Pep Guardiola kemudian mengeluarkan Henry pada separuh masa kerana pemain itu ingkar arahan taktikal dan menjaringkan gol dari kedudukan dia tidak sepatutnya berada.

Henry berkata: “Pep Guardiola ada perancangan taktikal dia tersendiri. Jika kamu sedikit ingkar arahan itu, tak ikut apa yang dia suruh buat, maka kamu dalam masalah.”

Guardiola sangat strict ketika itu tentang posisi kerana beliau masih dalam proses membentuk pasukan.

Henry menambah: “Saya macam diri saya yang biasa.”

“Saya pergi ke sayap kanan untuk bermain bergandingan dengan Leo Messi. Dan dari dalam padang saya dapat mendengar dia [Guardiola] agak marah.”

“Saya tidak berada di kawasan dekat tempat duduk teknikal, jadi saya tidak pedulikan sangat dia marah.”

“Kamu tahu, saya hari itu menjaringkan gol berdepan Sporting Lisbon pada separuh masa pertama. Semuanya nampak baik baik sahaja.”

“Dan malangnya dia mengeluarkan saya pada separuh masa kedua.”

“Saya kehairanan, apa salah saya?”

“Pep mirip dengan Louis Van Gaal. Apabila dia sudah merancang sesuatu, sila hormati plan itu.”

“Dia mengatakan kepada kami pada kali pertama dia mengambil pasukan, ‘tugas saya adalah [menyediakan taktikal] membawa anda hingga final third dan tugas selebihnya adalah untuk anda selesaikannya’.

“Dalam latihan, untuk membuat kamu memahami bahawa, terutama untuk Xavi dan Iniesta, dia akan meletakkan kon sehingga final third.”

“Pemain yang bermain di sebelah kanan tidak dibenarkan menyeberang ke kiri tidak, dan di sebelah kiri anda tidak dibenarkan menyeberang ke kanan.”

“Tetapi zon final third adalah kebebasan bagi kami.”

Pep Guardiola bertugas di Barcelona selama 4 tahun, dan berjaya mencatatkan salah satu tempoh paling berjaya dalam sejarah kelab.

Selama bersama kelab Catalans itu, mereka memenangi 14 trofi, termasuk tiga gelaran La Liga dan dua gelaran Liga Juara-Juara.

Baca yang lain