Legenda Thierry Henry tidak dapat menahan diri daripada men-troll musuh sebandar mereka di London Utara, Tottenham ketika menjadi hos majlis Anugerah Terbaik FIFA di London.
Henry telah berkongsi tugas pengacaraan untuk anugerah di Hammersmith Apollo dengan penyampai dan penyiar Reshmin Chowdhury.
Bekas penyerang Arsenal, Barcelona dan Perancis itu terpaksa menjadi wakil bagi pihak pemenang iaitu Lionel Messi yang diktiraf sebagai pemenang Anugerah Pemain Lelaki Terbaik FIFA.
Di mana kapten Argentina itu menjadi nadi penting dalam kejayaan Argentina dan Inter Miami.
Walaupun pencapaian Argentina memenangi Piala Dunia 2022 tidak diambil kira, namun Messi tetap dipilih sebagai pemenang.
Setelah undian dia dengan Haaland seri. Pemenang ditentukan dengan undian melibatkan kapten.
Dan Messi memenangi Anugerah tersebut menerusi tie breaker.
Henry yang menjadi hos mengumumkan kemenangan Messi yang menewaskan Erling Haaland dan Kylian Mbappe sekali lagi. Sama seperti ketika Ballon d’Or yang lalu.
“Seseorang perlu mengambil trofi itu,” kata Henry.
“Saya sebenarnya mempunyai dua sebab untuk mengambilnya. Pertama, sebab aya tidak pernah memenanginya, jadi saya akan menyimpannya.
Henry kemudian mengalihkan ejekan manja kepada Chowdhury: “[Keduanya sebab] anda peminat Tottenham kan?,” yang disahkan oleh hos bersamanya.
“Itu adalah sebab lainnya, kerana anda biasanya tidak mendapat trofi, jadi saya akan mengambil yang ini.”
This was cold from Henry
Tottenham collect stray bvllet pic.twitter.com/SKWBv5LC92
— Emmanuel. (@T_ee_mex) January 16, 2024
Jenaka Henry yang merujuk kepada kemarau trofi Tottenham, yang berlanjutan kepada kejayaan Piala Liga mereka pada 2008, mendapat gelak tawa dan tepukan penonton di venue.
Tottenham kekal dalam saingan untuk memenangi Piala FA musim ini, tidak seperti The Gunners, yang mengalami kekalahan pusingan ketiga kepada Liverpool.
Pasukan Ange Postecoglou, bagaimanapun, telah diberikan perlawanan pusingan keempat yang sukar di tempat sendiri kepada penyandang juara Manchester City pada akhir bulan ini.
Arsenal dan Spurs kini menyamai kutipan mata dalam Liga Perdana Inggeris dengan saingan mereka itu. Dengan kedua duanya lima mata di belakang pendahulu Liverpool.
Arsenal selepas ini akan menentang Crystal Palace dalam saingan Liga Perdana Inggeris. Dalam usaha mereka menamatkan rekod kurang memuaskan dalam beberapa perlawanan akhir akhir ini.