Here We Go: Alexis MacAllister Setuju Sertai Liverpool

Bintang Brighton, Alexis MacAllister menjadi buruan banyak kelab. Selepas membantu negaranya menjuarai Piala Dunia 2022, dan kempen yang luar biasa bersama Brighton, pemain itu mengesahkan dia mahukan cabaran baharu.

Dalam perlawanan terakhir di Amex Stadium, MacAllister menangis tanda sedih terpaksa berpisah dengan kelab itu.

Pengurus Brighton, Roberto De Zerbi turut mengesahkan kelab itu sedia kehilangan sekurang kurangnya 2 pemain mereka dalam jendela perpindahan kali ini iaitu MacAllister dan Moises Caicedo.

Chelsea dengan Liverpool antara 2 kelab yang berminat dengan pemain itu. Namun Chelsea berdepan kesukaran kerana perlu melepaskan dahulu pemain mereka.

Liverpool menggunakan kelebihan yang ada untuk berunding lebih advance mendapatkan pemain itu.

Liverpool dikatakan mendapat tahu bahawa klausa pelepasan MacAllister sekitar £45 juta, dan jauh lebih rendah daripada yang dilaporkan beberapa media sebelum ini iaitu di atas £60 juta.

Ben Jacobs dari CBS Sports turut mengesahkan bahawa Liverpool tidak akan terlibat dalam pemburuan Moises Caicedo yang memiliki klausa pelepasan lebih tinggi.

Faktor harga menjadi punca kenapa Liverpool merasakan MacAllister sangat berbaloi pada pasaran pemain hari ini.

MacAllister menjadi pemain sasaran utama Klopp untuk pembinaan semula Liverpool musim hadapan.

Sebelum ini Liverpool kehilangan Naby Keita, Alex Oxlade Chamberlain dan James Milner secara percuma.

Mereka bergelut dengan posisi di tengah musim ini. Akhirnya MacAllister menjadi pemain yang dianggap antara komponen penting di tengah.

MacAllister setuju dengan kontrak 5 tahun sehingga 2028.

Prosedur medikal sudah ditempah di pusat perubatan Liverpool pada minggu hadapan.