Here We Go: Arne Slot Ke Liverpool Dengan Rekod Perpindahan Belanda

Liverpool mencapai kesepakatan untuk mendapatkan Arne Slot dari Feyenoord. Bayaran pampasan adalah €9 juta tetap. Dan bonus lagi €2 juta.

Sebelum ini Slot sudah mengesahkan sendiri bahawa dua kelab itu sedang berunding tentang beliau.

Dan Slot menegaskan bahawa dia benar benar berminat dengan idea menjadi pengurus Liverpool.

Slot kini menjadi pengurus termahal yang pernah dijual oleh kelab Belanda.

Arne Slot seorang pengurus yang meminati falsafah bola sepak menyerang sama seperti Pep Guardiola.

Dia sebelum ini membantu Feyenoord menjuarai liga Belanda, dengan perbelanjaan pasukan yang terhad berbanding beberapa seteru mereka seperti Ajax dan PSV.

Musim ini Feyenoord juga beraksi cemerlang. Cuma PSV terlalu unggul dengan rekod yang luar biasa. Itupun minggu lalu Arne Slot dan Feyenoord tetap berjaya menjulang Piala Belanda.

Dia akan menggantikan Jurgen Klopp. Tugas dan cabaran besar menantinya di hadapan. Pengurus yang akan meninggalkan Liverpool dengan legasi luar biasa.

Klopp mengesahkan sebelum ini dia akan meninggalkan Liverpool pada akhir musim ini setelah 9 tahun bersama kelab di Anfield itu.

Arne Slot akan memulakan tugasannya pada pra musim panas yang akan datang.

Jurgen Klopp gembira sekiranya Arne Slot benar benar datang untuk meggantikannya.

“Saya suka cara pasukan beliau bermain bola sepak. Apa yang saya suka tentang dia, pertamanya, dia terus cakap dia nakkan jawatan ini.

“Ini adalah jawatan terbaik di dunia, bersama kelab terbaik di dunia, dengan orang yang hebat hebat.”

 

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di