Kim Min Jae dilaporkan telah menolak perpindahan ke Man United dan memilih Bayern Munich.
Menurut Fabrizio Romano, kesepakatan verbal antara Bayern dan Kim Min Jae sudah berlaku.
Dan kini dalam proses menyelesaikan formaliti kepada perkara tersebut.
Kim Min Jae menjadi sasaran Man United pada jendela perpindahan kali ini. Dengan kelab itu sedia menekan klausa pelepasan £50 juta pada kontrak pemain antarabangsa Korea Selatan itu.
Kim Min Jae menjadi bek tengah yang dianggap pengganti kepada Harry Maguire yang disenarai untuk dijual.
Seterusnya Ten Hag mahu menjadikan Kim Min Jae sebagai pemain utamanya bergandingan dengan Varane serta boleh menjadi bek tengah untuk projek jangka panjang.
Namun Bayern kemudian kacau daun dan melakukan hijack kepada usaha itu.
Di mana Bayern dilaporkan lebih pro aktif dalam memburu pemain itu berbanding Man United.
Bayern malah membentangkan projek mereka kepada pemain tersebut yang menarik perhatian Kim Min Jae yang ketika itu berada di Korea Selatan untuk latihan ketenteraan 2 minggu.
Latihan 2 minggu itu adalah latihan khas kepada mereka yang dikecualikan daripada latihan wajib 2 tahun. Hal ini kerana Kim Min Jae pernah membantu Korea Selatan bergelar pemenang emas Sukan Asia dalam acara bola sepak.
Kini Bayern dan Kim Min Jae mencapai kesepakatan kontrak 5 tahun, menurut laporan Fabrizio Romano yang kemudian melabel rundingan ini sebagai Here We Go.
EXCL: Bayern have reached total verbal agreement with Kim Min-jae on personal terms, five year deal ready — here we go! 🚨🔴🇰🇷 #FCBayern
Kim has accepted the contract proposal as club sources confirm. Contract valid until 2028.
Next step up to Bayern: pay the release clause. pic.twitter.com/LBK8w6s20H
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) June 28, 2023
Manchester United kini akan beralih ke sasaran lain untuk posisi bek tengah yang menjadi keutamaan kepada Ten Hag.
Antara nama dikaitkan dengan Man United ialah Axel Disasi.
No Kim Min Jae, no problem for Manchester United as long as Axel Disasi exists. #MUFC pic.twitter.com/t9YAfiv0d6
— Bundy (@UtdBundy) June 21, 2023