Manchester United akhirnya memenangi tandatangan Mason Mount dengan harga £60 juta sahaja.
Sebelum ini Chelsea berkeras dengan nilai £80 juta untuk pemain yang masih ada baki setahun dalam kontraknya itu.
Man United sudah menyatakan bahawa mereka tidak akan membayar Mount dengan nilai £70 juta dan ke atas.
Akhirnya Man United berjaya mendapatkan Mount walaupun agak gamble ketika mereka menyatakan mereka tak akan tunduk dengan permintaan harga daripada Chelsea yang dianggap cekik darah.
Bayarang £60 juta itu akan dipecahkan kepada £55 juta sebagai bayaran tetap dan bakinya dalam bentuk bonus. Kontrak Mount adalah untuk 5 tahun sehingga 2028.
BREAKING: Manchester United agree £60m package deal for Mason Mount with Chelsea — it’s done, here we go! 🚨🔴 #MUFC
Personal terms agreed weeks ago and face to face talks between clubs made it clear: the agreement is done.
Mount becomes Utd player — they NEVER left the race. pic.twitter.com/tusESsyp2x
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) June 29, 2023
Rundingan sentiasa rumit pada kesepakatan harga. Memandangkan Mount sudah benar benar berminat mahu menyertai Erik Ten Hag di Man United.
Man United tak pernah berputus asa memburu Mason Mount. Dan mereka tidak mendapat persaingan daripada mana mana kelab lain. Memandangkan Mount memang sudah menunjukkan minatnya datang ke Man United.
Musim lalu, pemain itu sudah memberitahu Chelsea dia tak akan melanjutkan kontrak baharu di Stamford Bridge kerana tidak yakin dengan kedudukannya dalam projek baharu Chelsea selepas membeli ramai pemain bintang musim lalu.
Mount adalah pemain di bahagian tengah, menjadi sasaran Man United untuk digandingkan dengan Bruno Fernandes. Memandangkan pengurus itu kurang gemar menggunakan Fred atau Scott McTominay secara konsisten.
Chelsea kini sudah melepaskan Kovacic, Mount dan Kante yang pergi secara percuma.
Kelab itu berusaha mendapatkan Moises Caicedo selepas ini.
Hari ini juga Chelsea telah menjual Havertz ke Arsenal secara rasmi.