HERE WE GO: Chelsea Bakal Umum Pochettino

Teka teki siapakah pengurus baharu Chelsea semakin hampir terjawab.

Di mana Mauricio Pochettino dan Chelsea dilaporkan akhirnya mencapai kesepakatan dalam kontrak.

Pochettino menjadi calon utama selepas beberapa calon lain seperti Julian Nagelsmann dan Luis Enrique gagal berunding lebih lanjut dengan kelab itu.

Dalam beberapa minggu ini, beberapa siri rundingan intensif berlaku antara Chelsea dan Pochettino.

Fabrizio Romano merumuskan bahawa kesemua rundingan itu dikira positif.

Cuma ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan termasuk isu penjualan pemain yang dirasakan tidak diperlukan pengurus itu.

Pochettino telah hilang jawatan di PSG sebelum ini.

Dan dia menjadi pengurus yang sentiasa dikaitkan dengan mana mana kelab besar yang kehilangan pengurus.

Pochettino malah dikaitkan dengan Spurs. Namun Daniel Levy dikatakan memiliki nama lain yang menjadi keutamaan.

Akhirnya pengurus asal Argentina itu memilih untuk menyertai kelab seteru sebandar iaitu Chelsea.

Chelsea sedia mengumumkan Pochettino sebagai pengurus baharu dengan kontrak jangka panjang.

Namun beliau akan rasmi memulakan tugasannya bermula pada pra musim akan datang.

Untuk baki musim ini, Frank Lampard akan kekal menjadi interim seperti yang telah dinyatakan dalam laporan sebelum ini.

Pochettino pastinya sedar bahawa dia memiliki skuad yang sangat besar dan sarat dengan bakat. Namun masih gagal membentuk pasukan yang stabil.

Ianya cabaran pertama beliau di Stamford Bridge.

Baca yang lain

Cassano Anggap Leao Perasan Bagus

Antonio Cassano sekali lagi membuat kenyataan kontroversi, kali ini dia mensasarkan kepada Rafael Leao. Dia melabel pemain Milan itu sebagai pemain yang