Fabrizio Romano melaporkan bahawa Chelsea sudah mencapai kesepakatan dengan Enzo Maresca sebagai pengurus baharu The Blues.
Chelsea sebelum ini mahu mendapatkan Kieran McKenna, namun pengurus itu sudah melanjutkan kontrak baharu bersama Ipswich. Chelsea juga dikaitkan dengan Roberto De Zerbi yang dilepaskan oleh Brighton.
Namun tiada sebarang rundingan dibuat dengan pengurus tersebut. Berbanding dengan McKenna, di mana Chelsea sudah menghubungi bekas jurulatih skuad remaja Manchester United.
Enzo Maresca dianggap calon terbaik untuk Chelsea dengan kualiti pemain yang mereka ada ketika ini. Kerana pengurus itu sukakan bola sepak yang dominan dengan penguasaan bola.
Enzo Maresca berbeza dengan corak taktikal Pochettino yang lebih menekankan kestabilan berbanding dengan pemburuan bola.
Enzo Maresca sebelum ini pernah bekerja di bahagian pembangunan bakat elit Manchester City. Dalam usaha kelab itu memperkasakan DNA Pep Guardiola di sana. Dia juga dinaikkan pangkat menjadi pembantu kepada Pep Guardiola sebelum dilamar oleh Leicester.
Maresca bukannya nama asing dalam arena bola sepak. Namanya sinonim dengan kelab seperti Sevilla dan Malaga pada masa dia bergelar pemain.
Dia dianggap pengurus muda yang berbakat besar. Terutama sekali dari segi kualiti taktikal. Sama seperti Kieran McKenna, Enzo Maresca juga pengurus di Divisyen Liga Kejuaraan yang membantu Leicester naik semula ke EPL.
Difahamkan Leicester meminta pampasan sebanyak £10 juta untuk melepaskan pengurus mereka ke Stamford Bridge.
Maresca sebelum ini menyatakan dia tidak terburu buru untuk keluar dari Leicester. Namun dia tetap berminat untuk ke Chelsea kerana ianya peluang yang luar biasa.
Chelsea mahu kembali menjadi pesaing kejuaraan liga. Mereka juga sekali lagi terlepas bola sepak Liga Juara Juara Eropah dan hampir terlepas slot eropah musim ini.
Chelsea awalnya berjaya mengisi slot UEL. Namun memandangkan Man United memenangi Piala FA, maka slot UEL itu milik United. Bermakna Chelsea akan bermain di Liga Persidangan Eropah atau UECL musim hadapan.