Dua jantan yang paling dipercayai jantan lain di seluruh dunia, Fabrizio Romano dan David Ornstein mengesahkan bahawa Bayern Munich dan Man United akhirnya mencapai kesepakatan perpindahan Matthijs De Ligt.
Dari pihak De Ligt, secara peribadi pemain itu sudah lama setuju dengan syarat kontrak dan gaji menyertai Man United. Dan dia tidak pernah berubah pendirian tentang perkara itu.
De Ligt hanya mahu menyertai Manchester United. Namun sebelum ini konflik berlaku dalam penetapan harga. Di mana Bayern meminta sekurang kurangnya €50 juta untuk pemain Belanda itu.
Man United sebelum ini menawarkan €30 juta untuk De Ligt. United agak keberatan membayar mahal selepas membeli Leny Yoro dengan nilai €58 juta. Namun kecederaan Yoro membuatkan Ten Hag mahukan perpindahan De Ligt ini direalisasikan.
Bayern masih berkeras dengan harga €50 juta. Dan United akhirnya setuju membayar nilai tersebut namun dengan pecahan €45 juta tetap sementara €5 juta lagi dalam bentuk bonus.
De Ligt setuju kontrak 5+1 tahun. 5 tahun kontrak wajib dan 1 tahun adalah pilihan untuk dilanjutkan oleh kedua dua pihak.
🚨🔴 Matthijs de Ligt to Manchester United, here we go! Bayern accept Man United condition to include add-ons.
€45m fixed fee, €5m add-ons and also payment spread over three years.
Matthijs to sign five year deal plus one year option… as soon as authorized to travel. pic.twitter.com/DV53zXq8gu
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) August 10, 2024
De Ligt sebelum ini menyatakan bahawa dia mahu meninggalkan Bayern Munich kerana kecewa seringkali disisihkan. Walaupun Tuchel sudah pun meninggalkan kelab itu, De Ligt kekal dengan pendiriannya mahu pergi ke kelab lain.
De Ligt pernah menjadi sasaran utama Manchester United. Namun pemain itu memilih untuk ke Juventus dan kemudian ke Bayern Munich.
Erik Ten Hag memberitahu bahawa, nama De Ligt adalah atas cadangan pihak scouting baharu yang dilantik oleh INEOS. Dia tidak campur tangan dalam sasaran yang satu ini. Namun dia gembira kerana De Ligt pernah menjadi pemain pentingnya ketika di Ajax.
Selepas mendapatkan De Ligt, United kini fokus untuk selesaikan satu lagi perpindahan iaitu Noussair Mazraoui juga dari Bayern. Terutama sekali selepas kelab United memutuskan untuk menjual Aaron Wan Bissaka ke West Ham.
United sedia membayar €20 juta untuk mendapatkan Mazraoui dari Bayern dengan bayaran €15 juta tetap dan bakinya adalah dalam bentuk bonus.