HERE WE GO: Endo Ke Liverpool Ganti Hendo

Selepas gagal mendapatkan Moises Caicedo dan juga Romeo Lavia yang kedua dua pemain memilih menyertai Chelsea — Liverpool mendapatkan pemain VFB Stuttgart iaitu Wataru Endo.

Liverpool setuju membayar €18 juta untuk pemain asal Jepun berusia 30 tahun itu.

Pemain itu meminta kelabnya menerima bidaan Liverpool tersebut. Kerana merasakan ianya peluang terbaik dalam kariernya untuk bermain dengan kelab elit seperti Liverpool.

Jurgen Klopp benar benar terdesak untuk mencari pemain tengah yang baharu. Selepas pemergian ramai pemain tengah sama ada dijual atau tamat kontrak.

Endo merupakan pemain yang beraksi di posisi defensive midfielder. Merupakan pemain yang sangat rajin di atas padang. Oleh sebab itu dia menjadi pemain kedua paling banyak sentuhan bola di Bundesliga musim lalu.

Dia merupakan pemain yang paling banyak memenangi bola di defensive third dalam Bundesliga musim lalu.

Dan paling banyak memenangi perebutan bola di udara.

Endo juga pemain yang paling banyak melakukan clreances termasuk clearances dengan tandukan.

Dia merupakan pemain kedua terbanyak melakukan bentesan bersih di Bundesliga.

Dari segi kualiti hantaran, Endo merupakan pemain kedua terbanyak melakukan hantaran tepat di liga utama Jerman itu.

Harus diakui ini adalah pembelian panik dibuat Liverpool dan merupakan option ketiga atau option C. Dengan jendela perpindahan kurang dua minggu lagi daripada tarikh tutup.

Apa boleh buat kan, selepas Liverpool melepaskan pemain tengah seperti Henderson dan Fabinho mengejut. Serta gagal dalam mendapatkan 2 pemain yang mereka mahukan iaitu Lavia dan Caicedo.

Pastinya peminat mengharapkan pembelian panik ini akan membuat kejutan.