Setelah beberapa hari rundingan di antara Manchester City dengan Ilkay Gundogan, akhirnya pemain itu disahkan akan kembali semula ke kelab lamanya itu.
Beberapa hari lalu Ilkay Gundogan dilaporkan berjumpa sendiri dengan pengurusan tertinggi Barcelona menyatakan hasratnya untuk pergi meninggalkan kelab tersebut.
Barcelona sendiri mahu daripada daftar gaji pemain pasukan tersebut. Tetapi isu yang berlaku adalah Barcelona berharap mereka akan mendapat bayaran yuran perpindahan daripada pemain tersebut.
Gundogan kecewa namanya tidak ada dalam senarai Barcelona bada musim ini. Menguatkan spekulasi bahawa kelab itu mahukan dia angkat kaki mencari kelab lain. Berbeza dengan De Jong, Gundogan benar benar memberikan kerjasama kepada Barcelona dan memahami kesulitan kelab tersebut yang terpaksa mencari ikhtiar mengurangkan kos gaji pemain.
Selain itu Barcelona sudah mendapatkan pemain baharu yaitu Dani Olmo. Yang turut bermain di posisi yang sama dengan beliau.
Gundogan kemudian meminta untuk dilepaskan secara percuma mahu memudahkan urusan kelab tersebut. Gundogan berpegang kepada prinsip bahawa dia tidak mahu menyusahkan sesiapa di kelab tersebut.
Selain itu pemergian Gundogan juga akan membolehkan Barcelona lebih mudah untuk mendaftarkan pemain-pemain baharu mereka.
Gondolkan menegaskan bahawa dia hanya mahu kembali semula ke Manchester City dan berharap kelab tersebut membuka pintu untuknya. Sekiranya Manchester City tidak mahu membawa pulang pemain itu dia masih ada pilihan lain termasuk tawaran Arab Saudi dan Qatar.
Pep Guardiola setuju dengan idea untuk membawa pulang bekas kapten Manchester City itu. Dan dia sendiri yang bercakap dengan Ilkay Gundogan bahawa sedia menerima pemain itu kembali.
Segala rundingan menjadi sangat positif dan mudah di antara kesemua pihak. Barcelona akhirnya bersetuju untuk melepaskan pemain itu sebagai ejen bebas.
Ataupun bahasa mudahnya adalah dua-dua pihak berjaya mencapai kesepakatan untuk penempatan kontrak atas persetujuan bersama.
Dan sebentar tadi Fabrizio Romano menyatakan bahawa Gundogan ke Man City dengan ayat keramat Here We Go.
🚨🔵 Ilkay Gündogan back to Manchester City, here we go! Deal in place with German midfielder to join on contract valid until June 2025.
Agreement reached after positive talks in last 48h and Pep Guardiola said yes, as revealed yesterday.
Gündogan will leave Barça for FREE. pic.twitter.com/XqkDZlMEtk
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) August 21, 2024
Gundogan merupakan antara pemain penting membantu Pep Guardiola menguatkan legasinya di manchester city.
Barcelona kini akan fokus kepada usaha menjual pemain yang lain seperti Ferran Torres dan Ronald Araujo. Ini untuk menampung dana bagi musim baharu. Selain itu Robert Lewandowski juga akan menikmati kenaikan gaji luar biasa musim ini seperti yang dipersetujui dalam kontraknya.