HERE WE GO: Koulibaly Ke Chelsea, Imbas Detik Dia Tolak Kawan Untuk Track Back Mbappe

Pertahanan tengah pasukan Napoli, Kalidou Koulibaly menyertai pasukan Chelsea. Perkara itu disahkan Fabrizio Romano.

Chelsea dilaporkan mencapai kesepakatan harga €40 juta untuk kapten antarabangsa Senegal itu. Dengan Koulibaly akan menerima €10 juta semusim di Stamford bridge.

Masa depan Koulibaly menjadi subjek panas setiap musim. Namun sebelum ini pemain itu memutuskan untuk terus kekal di Napoli.

Kini dia sudah bersedia dengan cabaran baharu. Chelsea dianggap destinasi terbaik kerana pasukan itu mencari pengganti Antonio Rudiger yang menyertai Real Madrid secara percuma.

Seterusnya Chelsea juga kehilangan Andreas Christensen secara percuma ke Barcelona. Mereka ada Thiago Silva yang semakin menuju ke akhir kariernya.

Kalidou Koulibaly sebelum ini diletakkan harga sekitar €120 juta oleh Napoli. Mereka pernah menolak bidaan sekitar €100 juta untuk pemain itu kerana menganggap ianya tak cukup.

Chelsea antara kelab yang pernah cuba memancing Koulibaly sebelum ini ketika Maurizio Sarri menjadi pengurus.

Tetapi memandangkan kelab semakin bergelut dengan kewangan dan Koulibaly masih belum menyatakan komitmennya untuk kontrak baharu, mereka akhirnya terpaksa memutuskan untuk mempertimbangkan tawaran yang bagus untuk pemain itu.

Koulibaly merupakan bek tengah yang berbadan tegap dan memiliki keupayaan untuk melakukan hantaran jauh yang bagus selaku cb-playmaker.

Dan tak lupa detik dia bertahan menentang Mbaope. Dia telah menolak kawannya, Mario Rui agar pergi track back Mbappe.

Koulibaly tidak gembira dengan positioning Rui yang terlalu ke bawah kerana Mbappe memang tak akan menyerang di byline dia akan pergi ke zon lebih tengah untuk masuk.

Todd Boehly menjadi individu paling penting dalam rundingan ini.

Boehly kini mengetuai sendiri bahagian rekrut pemain sebaik sahaja memutuskan untuk melepaskan Marina Granovskaia.

Sebelum ini Boehly dilaporkan menjadi individu penting dalam meyakinkan Raheem Sterling datang ke Chelsea.

Chelsea agak lambat beroperasi di jendela perpindahan kali ini kerana baru menyelesaikan isu pemilikan kelab.