HERE WE GO: Lewandowski Sertai Barcelona

Barcelona dilaporkan berjaya memeterai perjanjian mendapatkan Robert Lewandowski dari Bayern Munich.

Pemain antarabangsa Poland itu sebelum ini menyatakan secara terbuka dia mahu keluar dari Bayern dan destinasi pilihannya adalah Barcelona.

Lewandowski Mahu Sertai Barca Sebab Emosinya Di Bayern Sudah Mati & Kelab Tak Nak Dengar Cakap Dia

Robert Lewandowski berkata ada sesuatu telah mati dalam dirinya di Bayern Munich, ketika penyerang itu terus mendesak untuk pergi dan pergi ke Barcelona sejak beberapa minggu lalu.

Pemain antarabangsa Poland itu, yang ketika itu mempunyai baki setahun dalam kontraknya bersama juara Bundesliga itu, telah berulang kali membayangkan hasratnya untuk meninggalkan Allianz Arena sejak beberapa bulan lalu.

Walaupun, tiada pengesahan rasmi dibuat oleh pemain tersebut. Nampaknya, Lewandowski sangat berminat dengan perpindahan ke Camp Nou untuk langkah seterusnya dalam karier cemerlangnya.

Bagaimanapun, dia menghadapi pelbagai masalah, daripada keengganan Bayern untuk menjualnya kepada sama ada Barca mampu membayar yuran perpindahan serta mendaftarkannya kerana gajinya.

Namun, Lewandowski terus menyatakan dia tidak akan berada di Bavaria musim depan, mengatakan dia mahu meneruskan cabaran baharu di tempat baharu.

“Saya mahu pergi kerana saya mahukan lebih emosi dalam hidup. Mereka tak mahu mendengar pandangan saya sampai ke sudah. Ada sesuatu yang telah mati dalam diri saya — dan ianya sangat mustahil untuk saya melupakannya begitu sahaja.”

“Walaupun kamu mahu bersikap profesional, kamu tak boleh berpura pura untuknya.”

“Kesungguhan, emosi, keinginan, kemahuan untuk memberikan segalanya yang kamu ada untuk mencapai tujuan itu?”

“Saya rasa ianya berada dalam landasan tersebut. Saya terpaksa meninggalkan rakan rakan saya, yang saya luangkan masa bersama dengan mereka bertahun tahun lamanya. Ini adalah persahabatan sejati.”

Lewandowski menyatakan bahawa dia memberitahu Bayern awal awal dia mahu angkat kaki dan tak mahu menyambung kontrak baharu kerana berharap itu akan membantu kelab menjualnya segera daripada dia pergi secara percuma.

Pada masa yang sama dia meminta kelab mengenang jasanya selama 8 tahun bersama Bayern. Dia sentiasa sedia berjuang untuk kelab walaupun dalam kesakitan dan kecederaan sekalipun.

“Apabila kamu sudah berada di kelab ini bertahun tahun lamanya, kamu akan sentiasa bersedia untuk bermain walaupun dalam kecederaan dan kesakitan, kamu akan memberikan yang terbaik. Jadi, cara terbaik adalah untuk mencari penyelesaian untuk kedua dua belah pihak. Dan tidak hanya membuat keputusan atas dasar menguntungkan satu pihak sahaja.”

“Ini nampak tidak masuk akal selepas segala yang berlaku selama ini. Selepas berada di landasan kejayaan yang hebat seperti ini, serta peranan saya yang sentiasa bersedia dan menyokong pasukan, kesetiaan saya, dan rasa hormat saya kepada kelab, rasanya itu lebih penting daripada sekadar urusan perniagaan.”

“Pemain jenis apa yang mahu meninggalkan Bayern? Dan apabila mengetahui perkara seperti ini boleh berlaku kepada mereka? Di mana rasa hormat dan kesetiaan? Saya sentiasa bersedia berjuang, saya sudah bermain di sini 8 tahun yang indah, bertemu dengan insan insan hebat. Dan saya mahu kenangan ini kekal dalam diri saya selamanya.”

Akhirnya ke Barca

Laporan oleh BILD semalam menyebut, Lewandowski hadir ke semua sesi latihan hari pertamanya, namun tidak menunjukkan komitmennya.

Ini termasuk tidak melakukan ‘push up’ bersama rakan rakannya ketika pasukan mereka kalah dalam satu sesi perlawanan di latihan.

Pakar perpindahan Eropah, Fabrizio Romano menyatakan bahawa bidaan Barcelona akhirnya diterima oleh Bayern Munich. Lewandowski sebenarnya sudah lama membuat kesepakatan secara peribadi dengan Barca untuk kontrak 3 tahun.

Barcelona sudah pun mengumumkan Frank Kessie, Andreas Christensen dan Raphinha sebagai pemain baharu mereka. Dan kini sedia mengumumkan secara rasmi Robert Lewandowski. \

Laporta memberikan jaminan bahawa kesemua pemain baharu tersebut akan dapat didaftarkan sebelum musim bermula.

Barca turut sedang berusaha menjual Frenkie De Jong, Memphis Depay, Martin Braithwaite dan juga Miralem Pjanic.