Here We Go: Neymar Perkuat Al Hilal Bersama Sama Neves, Koulibaly, Malcom & Milinkovic Savic

Neymar akhirnya menyertai Al Hilal dan bakal diumumkan sebagai pemilik jersi no.10 baharu kelab itu.

Segala dokumen sudah pun ditandatangani oleh pihak terlibat. PSG akan menerima hampir €100 juta untuk pemain yang mereka beli €212 juta beberapa tahun lalu.

Bermakna dalam karier Neymar dia sudah terlibat dalam perpindahan sekitar €300 juta! Gila!

Desas desus Neymar ke Al Hilal sudah lama dilaporkan oleh L’Equipe, namun ayah Neymar bak seorang pejuang Brazil menafikan anaknya mahu menyertai liga Pro Saudi itu.

Dan melabel mereka sebaga L’Efake selepas laporan mengaitkan Neymar mahu meninggalkan PSG untuk ke Arab Saudi.

Menurut ayah Neymar anaknya akan kekal di PSG dan tidak bercadang untuk meninggalkan kelab itu.

Bercanggah dengan laporan L’Equipe yang menyatakan Neymar sebenarnya tertarik dengan tawaran dari Arab Saudi untuknya dan mahu meninggalkan PSG.

Kini Fabrizio Romano telah mendedahkan bahawa Neymar yang diwakili ayahnya sudah pun berunding dengan Al Hilal. Bermakna mereka sudah memberitahu PSG bahawa mereka berminat dengan tawaran tersebut.

Tawaran dari Al Hilal itu dikatakan sangat besar untuk ditolak Neymar. Sebelum ini kelab itu membida Kylian Mbappe namun tidak dilayan pemain itu yang mahu bermain di Eropah.

Kemudian mereka mengalihkan perhatian kepada pemain yang tidak dimahukan oleh peminat PSG sepanjang musim lalu iaitu Neymar.

Neymar dijangka akan meninggalkan PSG selepas segala rundingan diselesaikan.

Neymar bakal menerima €100 juta semusim jika mempersetujui tawaran Al Hilal itu menuru Santi Aouna.

Neymar sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan pulang ke Barca. Namun situasi ekonomi Barca tidak mengizinkannya. Ditambah dengan Xavi dikatakan tidak pernah menyenaraikan nama Neymar sebagai salah seorang daripada sasarannya.

Neymar juga dikaitkan dengan Chelsea. Namun tidak ada perkembangan yang lebih konkrit di sebalik laporan tersebut.

PSG pernah cuba menjual Neymar sebelum ini namun dihalang oleh harga terlalu tinggi dimahukan kelab itu dan juga gaji pemain itu yang sangat tinggi.

Ini ditambah dengan pendirian Neymar sendiri yang hanya mahu berpindah ke Barcelona atau kekal sahaja dengan PSG yang pada masa itu sudah mendapatkan rakan baiknya, Lionel Messi.

Kemudian Fabrizio Romano melaporkan ternyata ayah Neymar antara mereka yang terlibat dalam rundingan untuk memastikan Neymar menikmati gaji €100 juta semusim bersih selepas cukai.

Dengan Neymar akan memiliki hak penuh kepada imejnya untuk iklan dan publisiti.

Pada hari ini Fabrizio Romano menulis: “Neymar ke Al Ahli, Here We Go!”

Dia setuju dengan kontrak selama 2 tahun dengan kelab Al Hilal. Dah tak sabar nak lihat Neymar bersamba di Al Hilal.

Sebagai tambahan, Al Hilal kini sudah mendapatkan Neymar, Malcom, Kalidou Koulibaly, Sergej Milinkovic Savic dan Ruben Neves.

Dan kini kesemua top 3 untuk Ballon d’Or 2015 rasminya tidak bermain di Eropah pada musim ini.

Jan. 12, 2016 – Zurich, Switzerland – The finalistS for the FIFA Ballon DOR 2015 NEYMAR JUNIOR (Brazil) LIONEL MESSI (Argentina) and CRISTIANO RONALDO (Portugal) during the press conference at Kongresshaus in Zurich.,Image: 271135041, License: Rights-managed, Restrictions: , Model Release: no

Baca yang lain

Ralf Ragnick Rasmi Tolak Bayern Munich

Ralf Rangnick secara rasminya menolak tawaran untuk menjadi pengurus Bayern Munich. Nama Poknik sebelum ini mulai dikaitkan dengan Bayern setelah kelab itu