Onana rasminya memutuskan untuk menyertai Aston Villa. Nama Onana menjadi sasaran banyak kelab besar di Eropah selepas prestasi cemerlangnya bersama dengan Everton.
Peminat Aston Villa benar benar gembira dengan perkembangan yang mereka dengar. Mana tidaknya, mereka tidak pernah sangka kelab akan dapat pemain yang hebat seperti Onana dengan perpindahan dalam diam tetapi smooth!
Oh ya, bukan Andre Onana ok, tetapi Amadou Onana. Pemain tengah yang memiliki kemampuan mengawal tempo permainan dan kerja defensif.
Everton terpaksa menyenaraikan Onana di bursa perpindahan kerana mereka perlu meraih pendapatan untuk kelab tersebut bagi membantu akaun kelab.
Aston Villa yang baru sahaja kehilangan Douglas Luiz ke Juventus, dengan segera bertindak mendapatkan Amadou Onana.
Fabrizio Romano menyatakan bahawa perpindahan ini sebagai ‘Here We Go’. Ayat keramat guru perpindahan eropah itu untuk merujuk kepada benda dah jadi.
Aston Villa setuju membayar £50 juta untuk Amadou Onana. Dengan ada klausa jualan sekali dimasukkan. Onana setuju dengan syarat kontrak 5 tahun sehingga 2029 untuk bermain di Villa.
Medikal untuk Onana sudah dijadualkan di Aston Villa. Perpindahan ini pastinya agak mengejutkan ramai kerana tidak ramai yang menjangka ini akan berlaku.
Memandangkan Amadou Onana menjadi sasaran banyak kelab elit di Eropah.
🚨🟣🔵 Amadou Onana to Aston Villa, here we go! Deal done for £50m fee and sell-on clause also included.
Formal proposal accepted, five year deal for Onana at Villa valid until June 2029.
Medical being booked then deal set to be signed next week. pic.twitter.com/EMrpkYw7KC
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) July 13, 2024
Ramai peminat memberikan komen bahawa Aston Villa harus dipuji dalam perpindahan ini.
“Mengejutkan namun fairplay untuk Villa, perpindahan ini memang bagus untuk mereka. Dan harga pun kena,” tegas seorang peminat Manchester United.
Everton kini akan cuba mencari pengganti kepada Onana dengan harga jauh lebih rendah. Ianya bukan kerja yang mudah untuk mereka.