HERE WE GO: Raphinha Sertai Barcelona

Fabrizio Romano mengesahkan bahawa Leeds dan Barcelona mencapai kesepakatan harga dan mekanisme pembayaran untuk Raphinha.

Pemain itu sebelum ini menerima tawaran daripada Arsenal. Namun kemudian menukar pilihan kepada Chelsea.

Selepas itu  Barcelona pula menyatakan mereka masih berminat dengan Raphinha. Itu yang membuatkan dia mengubah keputusan dan meminta ejennya Deco menunggu tawaran rasmi Barca.

Raphinha dan Barca dilaporkan sudah mencapai kesepakatan secara pra kontrak pada musim lalu lagi.

Barca agak lambat betindak membida pemain itu kerana masalah kewangan. Dan sekarang Barca kembali dengan tawaran. Selepas beberapa bidaan ditolak, Barca akhirnya menyamai tawaran Chelsea dengan pakej mencecah EUR67 juta. Di mana EUR58 juta akan dibayar secara tetap.

Menurut Fabrizio Romano, rundingan ini sudah boleh dikira Here We Go, ayat keramat merujuk kepada jadi! Cuma tunggu pengumuman rasmi.

Dia setuju dengan kontrak sehingga 2027.

Raphinha menjadi pemain yang meningkat naik mendadak sejak menyertai Leeds. Dia berjaya menjadi pemain kebangsaan negaranya, Brazil.

Raphinha dikenali dengan corak permainan pantas dan licik serta lasak. Dia akan menjadi tambahan penting buat Barca.

Sebelum ini Raphinha dilaporkan hampir berputus asa menunggu saga perpindahan ini. Lebih lebih lagi Barcelona dilaporkan berunding dengan Ousmane Dembele untuk kontrak baru.

Akhirnya, dia berjaya juga ke Barca. Kelab yang sentiasa menjadi pilihan utamanya.

Seterusnya Barca akan mengalihkan tumpuan kepada Robert Lewandowski. Pemain antarabangsa Poland itu masih optimis dia akan memuktamadkan perjanjian dengan Barca.

Lewandowski melapor diri seperti biasa pada minggu ini atas dasar profesional. Dia akan terus bersikap profesional sementara menunggu perjanjian dengan Barca dimuktamadkan.