HERE WE GO: Sadio Mane Sertai Ronaldo, Telles Dan Brozovic Di Al Nassr

Hari yang ditunggu peminat Al Nassr akhirnya tiba apabila Fabrizio menulis bahawa, rundingan Sadio Mane ke ke kelab itu sebagai Here We Go.

Al Nassr memulakan usaha mendapatkan Sadio Mane sejak awal bulan ini. Bayern sudah lama mempersetujui harga €35 juta yang ditawarkan untuk pemain itu.

Al Nassr sebelum ini sudah mendapatkan Cristiano Ronaldo pada jendela perpindahan musim lalu. Dan menambah nama seperti Brozovic, Alex Telles serta Seiko Fofana.

Namun masalah utama dalam rundingan dengan Mane adalah kerana pemain itu masih mahu bermain untuk Bayern.

Bayern konsisten menyatakan bahawa mereka mahu menjual Mane dan pemain itu tiada dalam perancangan Thomas Tuchel untuk musim baharu.

Mane tidak diberikan jaminan bahawa dia akan dapat bermain banyak minit permainan.

Hanya semusim selepas menyertai Bayern, Mane akhirnya memutuskan untuk menerima tawaran besar dari Al Nassr.

Wakil Al Nassr terbang ke Tokyo untuk berjumpa sendiri dengan ejen dan Sadio Mane. Perbincangan kali ini sangat positif.

Al Nassr semalam malah telah menyertakan nama Sadio Mane dalam senarai awal pemain yang akan bermain di Liga Juara Juara Arab.

Kini Mane akan menyelesaikan beherapa urusan akhir termasuk medikal dan menandatangani kertas kontrak dengan kelab yang berpangkalan di Arab Saudi itu.

Sadio Mane diberikan kontrak 3 tahun. Dengan gaji €40 juta semusim tidak termasuk bonus. Semua gaji adalah selepas cukai.

Bermakna Al Nassr akan membelanjakan €120 juta hanya untuk gaji tetap mana sahaja, ditambah €35 juta-€40 juta lagi untuk perpindahannya.

Sadio Mane akan bergandingan dengan Cristiano Ronaldo di Al Nassr. Dan ianya dijangka akan menjadi gandingan yang luar biasa berdasarkan rekod kedua dua pemain.

Di Bayern Mane diganggu dengan rekod kecederaan dan kecergasan.

Ronaldo sebelum ini menyatakan bahawa dia telah membuka pagar kepada pemain pemain dari kelab besar eropah lain agar datang ke Liga Arab Saudi.

“Pada mula saya membuat keputusan ini, ramai menghentam saya. Kini lihatlah, saya telah membuka pintu, dan semua pemain datang ke sini selepas saya tiba di sini,” kata CR7.

Baca yang lain

Faisal Halim Disimbah Asid

Arena bola sepak Malaysia digemparkan dengan satu lagi kejadian jenayah melibatkan pemain kebangsaan. Kali ini melibatkan Faisal Halim yang diserang dan disimbah