Here We Go: Sancho Ke Chelsea

Setelah rundingan beberapa hari dibuat, akhirnya Jadon Sancho dilaporkan menyertai Chelsea – menurut laporan pakar perpindahan Eropah, Fabrizio Romano.

Sancho terus menjadi nama yang mahu disingkirkan oleh Erik Ten Hag walaupun mereka berdua sudah berdamai. Sebelum ini Juventus menawarkan kontrak kepada Sancho. Dan Chelsea turut menawarkan pakej yang hampir sama cuma lebih besar sedikit secara keseluruhan.

Perjanjian Sancho ke Chelsea adalah sebagai pemain pinjaman. Namun ada kewajiban untuk Chelsea membeli pemain itu secara tetap. Sebelum ini Chelsea cuba menjadikan Sterling sebagai tukaran dengan Sancho. Tetapi ditolak oleh Man United.

Sancho musim lalu bermain di BvB selepas dia mengecam Erik Ten Hag menerusi akaun media sosialnya. Dia diarahkan meminta maaf jika mahu kembali beraksi untuk Man United.

Sancho enggan berbuat demikian. Hubungan dia dengan Ten Hag sangat tegang ketika itu. Tetapi Dortmund tidak membeli Sancho secara tetap dipercayai kerana permintaan harga yang diminta Man United.

United sebenarnya tidak mahu satu lagi perpindahan secara pinjaman untuk Sancho. Tetapi keadaan semasa, ini adalah pilihan terbaik yang mereka ada.

Sancho juga benar benar berminat mahu menyertai Chelsea. Yang boleh menjadi platform kebangkitannya dalam usahanya mahu menjadi pemain utama skuad kebangsaan England.