Here We Go: Sancho Ke Dortmund Setelah Bayaran Ditambah

Manchester United akhirnya mencapai kesepakatan perjanjian pinjaman Jadon Sancho.

Sebelum ini rundingan ini tergendala seketika kerana Man United tidak berpuas hati dengan bayaran €3 juta sahaja ditawarkan Borussia Dortmund.

Bayaran tersebut untuk yuran meminjam pemain dan juga bayaran gaji. Selebihnya kos gaji ditanggung oleh Man United.

Bayaran tersebut dikatakan membuatkan United sangat rugi. Dengan mereka menunjukkan ketegasan mereka dalam rundingan ini.

Namun Dortmund cuba sedaya upaya memastikan rundingan ini berjaya. Dan mereka menambah €1 juta lagi daripada tawaran sebelum ini kepada €4 juta.

Akhirnya United setuju dengan tawaran terbaru.

Fabrizio Romano melaporkan bahawa pemain itu akan menjalani medikal di kem latihan Dortmund pada hari ini.

Bagaimanapun Man United berkeras tidak mahu meletakkan klausa beli tetap pada kontak Sancho.

Alasan utama United tidak mahu ada sebarang klausa beli tetap kerana mereka merasakan nilai pasaran Sancho sekarang tidak menggambarkan harga sebenar pemain itu.

Pada ketika ini Sancho diletakkan pada nilai sekitar €45 juta. Namun United percaya pemain itu akan cemerlang di Dortmund dan mereka boleh mendapatkan semula harga tinggi untuk pemain itu.

United membeli Sancho dengan harga €100 juta dari Dortmund. Dan United berharap mereka akan mendapatkan pakej yang sama atau tidak jauh daripada nilai tersebut.

Sancho menjadi pemain yang tidak diingini Erik Ten Hag. Pengurus itu sudah menyatakan dia hanya akan menerima Sancho

Malangnya pemain itu terus berdegil. Dia malah meminta untuk dilepaskan semula ke Dortmund.