Here We Go: Spurs Tewaskan Bayern Dapatkan Dragusin

Pemain Genoa, Radu Dragusin dilaporkan memilih untuk menyertai Spurs. Dengan Fabrizio Romano mengesahkan bahawa saga perpindahan Dragusin sudah berakhir.

Mengikut laporan awal, Spurs akan membayar sekitar £21 juta sehingga £25 juta untuk pemain bek tengah itu.

Spurs sebelum ini sedia kehilangan Eric Dier yang mahu ke Bayern. Tetapi situasi menjadi rumit apabila Bayern tiba tiba mahukan Dragusin.

Bayern cuba memintas Spurs dalam usaha mendapatkan Dragusin. Dengan Genoa menerima bidaan kedua dua kelab tersebut dan menyerahkan kepada pemain untuk menentukannya.

Dragusin adalah pertahanan muda berbakat besar. Dia juga memiliki kekuatan fizikal yang luar biasa.

Ange Postecoglou sudah lama memantau pemain ini. Dan akhirnya dia berjaya mendapatkan Dragusin.