HERE WE GO: Sterling Sertai Chelsea Dengan Nilai Perpindahan £55 Juta

Raheem Sterling dilaporkan berjaya memeterai perjanjian dengan Chelsea. Dan kedua dua kelab juga mencapai kesepakatan harga untuk pemain tersebut.

Fabrizio Romano menegaskan bahawa, Chelsea akan membayar £45 juta dengan tambahan £10 juta lagi untuk pemain kebangsaan England itu.

Raheem Sterling bercakap sendiri dengan Tuchel untuk perpindahan ke Stamford Bridge. Di mana pemain itu sudah menjadi sasaran Tuchel sejak awal perpindahan lagi.

Sterling memberitahu Man City bahawa dia mahu meninggalkan kelab tersebut untuk cabaran baharu. Dengan City segera menyenaraikannya sebagai pemain untuk dijual bersama sama dengan Gabriel Jesus.

David Ornstein pula menyatakan bahawa Sterling mempersetujui kontrak selama 5 tahun dengan opsyen lanjutan setahun lagi.

Sterling menarik minit beberapa kelab di Eropah. Namun faktor bermain di London memainkan peranan penting untuk menarik Sterling ke Chelsea.

Hal ini kerana Sterling merupakan pemain yang dianggap ‘family man’. Dia lebih memilih untuk membesarkan anaknya di bandar kelahirannya di London, jika boleh.

Dan peluang itu tiba dengan tawaran daripada kelab seperti Chelsea.

Tuchel yang sedang berusaha membentu serangan yang mantap di Chelsea, merasakan bahawa Sterling adalah pemain yang tepat.

Dengan Christian Pulsic dan Hakim Ziyech seringkali tidak memuaskan hati pengurus tersebut dengan aksi yang kurang konsisten.

Ziyech sudah memberikan bayangan bahawa dia mahu meninggalkan Chelsea dalam perpindahan kali ini.

Sterling adalah pemain yang boleh beraksi di sayap kiri dan sayap kanan. Tetapi dia lebih menggemari peranan sayap kiri kerana dia mahu menjadi inverted winger.

Selain itu Sterling juga boleh menjadi false no.9 di atas padang.