Here We Go! Zubimendi Sertai Arsenal

Menurut pakar perpindahan Eropah, Fabrizio Romano, Martin Zubimendi setuju menyertai Arsenal. The Gunners akan membayar £51 juta untuk pemain tengah tersebut.

Zubimendi yang musim sebelum ini dikaitkan dengan Liverpool dan Real Madrid memutuskan untuk terus kekal di Real Sociedad.

Namun pemain itu dikatakan kecewa dengan polisi perpindahan kelab itu yang melepaskan beberapa peman penting tanpa membeli pengganti yang baik.

Ini termasuk penjualan Mikel Merino ke Arsenal sebelum ini yang membuatkan Zubimendi hilang kepercayaan kepada janji kelab itu yang mahu membina pasukan yang kuat.

Zubimendi akhirnya menyatakan dia mahu berpindah. Beberapa bulan lalu, Arsenal dikatakan sudah berunding dengan pemain itu  dan mencapai kesepakatan verbal.

Kini pemain itu benar benar sedia untuk menyertai Arsenal musim hadapan. Dia bermain di posisi tengah.

Kehadirannya akan menambahkan kualiti skuad  itu di tengah. Dan pada masa yang sama menjadi pengganti kepada Jorginho yang akan meninggalkan kelab itu. Kemudian Thomas Partey juga mungkin akan pergi.

Zubimendi adalah pemain penting Sociedad. Dan dia juga pemain yang sudah beberapa kali menerima panggilan skuad kebangsaan.

Mikel Arteta memainkan peranan penting dalam perpindahan ini. Hubungan baik Mikel Arteta dengan Real Sociedad juga memudahkan lagi urusan rundingan antara kedua dua kelab.