Bekas penyerang Manchester United, Javier ‘Chicharito’ Hernandez menyatakan, David Moyes seorang yang degil dan tidak pandai menguruskan pasukan.
Dalam temu bual dengan Rio Ferdinand dalam siri Youtube miliknya, The Locker Room, Chicharito bercakap mengenai perbezaan antara United di bawah Sir Alex Ferguson dan David Gill dan ketika Ed Woodward dan David Moyes mengambil alih jawatan di kelab itu.
Bercakap mengenai Sir Alex, Chicharito berkata:
“Setiap kali dia mengatakan sesuatu, misalnya marah kat saya pada waktu separuh masa atau selepas permainan atau apa sahaja, dalam beberapa hari kemudian dia akan cuba memastikan bahawa saya tidak mengambilnya secara peribadi.”
“Dia seperti; ‘Saya pengurus, kita boleh minum, kita boleh melepak bersama’.”
“Dia satu-satunya pengurus saya yang tahu melakukan melakukan perkara seperti ini dengan pemain.”
“Ini adalah bahagian yang sangat penting dari wataknya … dia juga akan memberitahu pemain untuk bercuti kalau perlu.”
“Saya ingat [dalam satu perlawanan] dia mengeluarkan seorang pemain, dia menjerit kepadanya tetapi tidak dengan cara yang buruk, dia menjawab dengan cara yang adil.”
“Tetapi kemudian, keesokan harinya anda melihat mereka berdua berbual, itu luar biasa, dia sangat mampu memisahkan apa itu kerja dan apa itu peribadi.”
Hernandez: Perlantikan Moyes adalah satu kesilapan
Tetapi bagi pemain Mexico itu, keadaan berubah sepenuhnya ketika Moyes mengambil alih jawatan sebagai pengurus.
“Kami tidak pernah mempunyai isu yang peribadi – Moyes dan saya sendiri – tetapi adalah satu kesilapan mereka membawanya. Ia adalah satu kesilapan.”
“Itu adalah kesilapan yang pertama tetapi ia masih menghantui mereka sekarang. Bukan kerana dia, bukan kerana dia pengurus yang teruk, tetapi mereka menganggap mereka akan mampu menggantikan bos, Sir Alex, dengan cepat. Itu mustahil.”
“Tidak akan mampu, sampai sekarang, bahkan pengurus seperti Guardiola dan Klopp dan Mourinho, mereka belum berada di level yang sama dengan Sir Alex. Mereka masih dalam perjalanan berusaha ke sana, untuk menjadi pengurus seperti itu.”
“Tetapi [perlantikan Moyes] mengubah karier beberapa pemain yang sepatutnya lebih baik. Rafael, saya sendiri, Danny Welbeck, dan banyak pemain yang perlu pergi bermain.”
Hernandez percaya masalahnya adalah kurangnya kerendahan hati dari bekas bos Everton.
“Mereka membawa David Moyes dan saya tidak akan mempersoalkan adakah dia jurulatih yang baik, jurulatih yang buruk tetapi saya tidak faham bagaimana ia berlaku.”
“Apa perkataan untuk menggambarkannya, kamu seorang yang tidak ada kerendahan hati, tetapi kamu tak cukup bijak untuk mengekalkan momentum sekurang kurangnya separuh musim daripada apa yang kamu telah warisi.”
“Apa yang pengurus terdahulu buat, kerana dia adalah pengurus terbaik sepanjang zaman.”
“Saya bahkan pergi bercakap dengan Sir Alex kerana dia tahu saya sedang kecewa.”
“Dia tahu saya akan dijual, tidak dipinjamkan ke Real Madrid, dan kami membicarakannya dan dia memberitahu perkara yang sama yang saya fikirkan: “ini adalah Real Madrid, kawan … anda boleh bertahan selama enam bulan di sana, atau bertahan selama setahun, wahai lelaki Mexico. ”
“Mereka ada van Nistelrooy, Beckham, Cristiano, saya sendiri, Michael Owen. Kami semua pernah bermain untuk Manchester United dan kemudian Real Madrid. Ia luar biasa. Masih sukar untuk dipercayai.”
Ed Woodward dan Moyes perlekehkan pandangan Sir Alex
Pemain antarabangsa Mexico itu juga mendedahkan bahawa Moyes dan naib ketua eksekutif Ed Woodward tidak mengikuti nasihat Sir Alex untuk memberikannya lebih banyak peluang bermain, atau membiarkannya pergi.
“Saya melihat cara tahun terakhir saya sebelum saya pergi ke Real Madrid dengan Moyes, dan saya tidak bermain begitu banyak, malah saya pergi ke Piala Dunia dan tidak menjadi kesebelasan utama kerana saya tidak bermain di Man United.”
“Dengar sini, saya boleh je menerima menjadi pemain gantian di Man United. Malah Sir Alex memberitahu Moyes bahawa salah satu penyesalannya ialah tidak menurunkan saya dengan lebih kerap.”
“Sir Alex memberitahu Moyes, dia mahu saya diturunkan lebih kerap, jika dia tak mampu melakukannya maka biarkan saya pergi dengan cara yang sebaiknya.”
“Sir Alex memberitahu saya, bahawa saya adalah tonggak penting bagi Man United, dan Sir Alex memberitahu mereka, saya berhak mendapat lebih banyak masa permainan dan jika anda tidak dapat memberikannya, biarkan dia pergi, biarkan dia pergi dengan cara yang baik.”
“Tetapi pada masa itu Moyes dan Woodward tidak melakukan apa-apa. Mereka tidak menurunkan saya, saya mempunyai peluang untuk pergi tetapi mereka mengatakan bahawa mereka akan memberikan saya minit perlawanan yang lebih banyak. Lalu mereka tidak membenarkan saya pergi.
“Pada musim sejuk [perpindahan Januari], saya mempunyai satu lagi peluang untuk pergi tetapi mereka mengatakan tidak.”
“Itulah sebabnya kenapa dia hanya bertahan selama tujuh bulan, kerana dia sangat keras kepala, dia tidak mempunyai kemampuan menyesuaikan diri. Tolonglah, di mana kerendahan hati anda? Anda perlu berkembang menjadi United.”