Herrera Pertahan Messi: “PSG Kelab Terlalu Kemaruk UCL, Macam Mereka Je Yang Layak Menang”

Bekas pemain PSG, Ander Herrera tampil mengkritik kelab itu sekali lagi dan mempertahankan Lionel Messi. Sebelum ini Herrera pernah menganggap Messi menjadi mangsa kepada kebencian penyokong hanya kerana pemain itu tidak menjaringkan 50 gol semusim.

Ketika itu Herrera bermain bersama dengan Messi di PSG.

Herrera berkata : “Messi akan terus dikritik selagi lagi dia tidak menjaringkan 50 gol semusim.”

“Bagi saya Messi adalah pemain terbaik di dunia. Dan ketika melihat dia sendiri mengendalikan rutin hariannya dan kerendahan hatinya, saya semakin mengaguminya kini.”

Kali ini Herrera menuduh PSG sebagai terlalu obses dengan UCL, sehingga memikirkan bahawa mereka hanya satu satunya kelab yang layak memenangi UCL.

Sedangkan ada banyak lagi kelab lain yang sangat bagus dan berpotensi memenanginya.

Akibat keobsesan pemilik dan pengurusan tertinggi kelab maka, pemain bintang seperti Messi seringkali menjadi mangsa kecaman peminat mereka apabila gagal menjuarai UCL.

Herrera turut melabel PSG sebagai kelab yang tidak sabar, mereka mahukan kejayaan segera dengan kuasa wang yang mereka ada.

Herrera berkata: “PSG adalah kelab yang paling tak sabar. Keobsesan merekan untuk memenangi Liga Juara Juara Eropah sangat tidak membentu.”

“Mereka adalah satu satunya pasukan di dunia yang memikirkan mereka harus memenangi UCL. Jika gagal menang UCL maka ianya dikira musim yang gagal.”

“Akhirnya, yang menanggung tekanan adalah pemain pemain terbaik [Messi] yang dibayar oleh kelab. Mereka ini yang dikritik kerana sikap kelab yang obses.”

Baru baru ini beberapa bintang mereka termasuk Messi dan Neymar menjadi sasaran penyokong sehingga ada protes di hadapan kediaman mereka.

Penyokong PSG berkumpul di hadapan rumah Neymar meminta pemain itu berambus. Kerana menurut mereka Neymar pemain yang tak berguna dan makan gaji buta.

Seterusnya, peminat PSG bengang Messi ponteng latihan dan enggan melanjutkan kontrak baharu. Mereka turut melakukan protes anti Messi.

Lionel Messi kemudian tampil menjelaskan dia bukan sengaja ponteng namun berlaku perubahan mengejut pada jadual latihan pasukan di mana kebiasaannya pada hari Isnin selepas aksi Ahad, mereka akan diberikan hari rehat.

Messi turut mendedahkan sudah 2 kali dia membatalkan percutian bersama keluarga ke Arab Saudi kerana kelab.

Baca yang lain

Bayern Munich Mahu Unai Emery

Pengurus Aston Villa, Unai Emery kini berada dalam radar Bayern Munich. Bekas pengendali PSG dan pemenang beberapa trofi UEL itu menunjukkan hasil