Hiba Abouk Redha Dan ‘Tak Koyak’ Dengan Keadaan

Janda kepada Achraf Hakimi dilaporkan terkejut apabila menyedari bahawa Hakimi boleh dikatakan tidak memiliki harta atas namanya.

Dan dia gagal untuk menuntut lebih separuh daripada harta Hakimi seperti yang dia mahukan pada awalnya.

Acap telah meletakkan hartanya di atas nama ibunya.

Hiba Abouk telah memfailkan penceraian ke atas Hakimi. Selepas pemain PSG itu berdepan pertuduhan serangan seksual ke atas sorang wanita berusia lingkungan awal 20-an.

Selepas dilanda dengan berita sensasi, di mana Hiba Abouk berasa hiba, dia akhirnya bersuara.

Dia redha dengan dengan apa yang berlaku. Menyatakan bahawa ada banyak perkara lagi dalam hidup ini yang kita tak dapat kawal.

Dia menjelaskan bahawa dia tidak emosi dan sangat tenang menerima keadaan yang menimpa dirinya.

“Beringatlah, bahawa kamu tak boleh mengawal semua perkara dalam hidup kamu. Namun kamu boleh mengawal cara kami memberikan respon kepadanya.”

“Lepaskan keperluan untuk kesempurnaan, peluklah keindahan masa kini dan percaya bahawa alam semesta menyokong anda.”

Hiba Abouk merupakan seorang pelakon dan juga model. Dia sebelum ini menuntut lebih separuh daripada harta Achraf Hakimi yang menjadi antara penerima gaji tertinggi di PSG.

Hakimi mendapat lebih €200k seminggu ataupun sekitar €1 juta sebulan.

Namun 80% – 90% daripada pendapatan bulanannya diletakkan di atas nama ibunya. Begitu juga dengan aset yang lain.