Liverpool menewaskan Chelsea dua gol tanpa bala di Stamford Bridge. Perlawanan ini juga menjadi aksi debut kepada Thiago.
Ya! Terus dapat debut hanya 48 jam selepas menyertai Liverpool dari Bayern Munich.
Ramai yang berharap tetapi tidak ada yang menyangka bahawa Jurgen Klopp benar benar segera memainkan beliau.
Klopp menyatakan, beliau tidak risau menurunkan Thiago. Dari segi fitness pemain itu masih segar kerana baru bermain untuk Sepanyol dan Bayern Munich.
Yang cuma menjadi kerisauan adalah proses menyerasikan diri dengan sistem permainan berbeza.
Tetapi ternyata Thiago sepertinya sudah bermain di Liverpool 100 perlawanan bersama.
Walaupun hanya bermain di babak kedua, Thiago kelihatan yakin dan sangat serasi di atas padang.
Persembahan keseluruhan Thiago wajar dihargai walaupun hanya muncul selama 45 minit. Beliau berjaya menghantar bola ke ceruk mana sekalipun, menerusi celah celahan dan lubang mana yang dia suka.
Sangat tajam bang oi!
Thiago terus berjaya membuktikan kualitinya dan membuktikan mengapa Liverpool memerlukan pemain seperti ini.
Thiago melengkapkan 75 hantaran yang tepat selama 45 minit permainan. Angka itu sekurang-kurangnya 17 lebih banyak daripada mana-mana pemain Chelsea yang telah bermain sehingga 90 minit.
75 – Half-time substitute Thiago completed more passes (75) than any Chelsea player managed in the entire match. Since full passing data is available for the Premier League (2003-04), his 75 successful passes are the most by a player who played a maximum of 45 minutes. Control. pic.twitter.com/UvHfrw1ggN
— OptaJoe (@OptaJoe) September 20, 2020
Juga, dengan 75 hantaran ini, Thiago menetapkan rekod baharu Liga Perdana Inggeris – untuk jumlah hantaran tepat tertinggi yang dilakukan pemain yang beraksi dalam 45 minit.
Kebanyakan hantaran Thiago adalah di kawasan Chelsea dengan 56 daripadanya.
Most passes completed in the opposition half:
◉ Thiago (56)
◎ Andrew Robertson (52)
◎ Mohamed Salah (46)
◎ Trent Alexander-Arnold (38)He was only on the pitch for 45 minutes. 🤯 pic.twitter.com/1Tad23uft4
— Squawka Football (@Squawka) September 20, 2020
Thiago memperbaiki kualiti hantara vertikal oleh Liverpool di final third.
📊 Most completed passes in the opposition half in a PL game this season
64 Bruno Fernandes, v Crystal Palace (90 mins played)
58 Granit Xhaka v West Ham (90)
56 Dani Ceballos v West Ham (90)
56 THIAGO v Chelsea (45) pic.twitter.com/fx5dkNk9VK— Sky Sports Statto (@SkySportsStatto) September 20, 2020
“Dia [Thiago] adalah salah sorang pemain terbaik di dunia. Kami bernasib baik memilikinya,” kata Mane mengenai Thiago.
Lihat rangkuman aksi Thiago Alcantara di sini:
Thiago vs Chelsea. Enjoy 😍
🎥 @CF_Comps pic.twitter.com/oOgaHsGY2j
— Anfield Watch (@AnfieldWatch) September 20, 2020
Amacam ok tak? Ke korang nak sign balik Charlie Adam?
Artikel berkaitan — Analisis: Apa Yang Ditawarkan Oleh Thiago ‘All Rounder’ Alcantara Kepada Liverpool
Tak kiralah pengurus itu menggemari corak taktikal moden ataupun lebih rigid, perkara yang jelas, pasukan yang kuat di tengah biasanya memiliki stabiliti yang memberikan pasukan kekuatan.
Sebab itu kita selalu dengar nama nama pemain seperti Roy Keane, Patrick Vieira, Frank Lampard, Stevie G, Kroos, Busquets, Xavi, Iniesta dan ramai lagi pemain tengah disebut sebagai sukar dicari ganti.
Sistem Klopp mementikan dinamisme / dinamik. Di mana dua fullback akan ditolak sangat jauh ke atas.
Oleh itu, stabiliti dan fleksibiliti di tengah adalah penting. Sukar untuk mencari profiling pemain tengah yang boleh bermain dalam sistem Klopp.
Sebab yang ada pastinya mahal. Kerana ianya menuntut individu yang all rounder.
The moment you’ve all been waiting for…#ThiagoFriday 🤩 pic.twitter.com/s2tOCvnHta
— Liverpool FC (@LFC) September 18, 2020
Dan muncul nama Thiago Alcantara. Pemain yang mulai dikaitkan dengan Liverpool sebaik sahaja beliau mengisytiharkan dirinya tak akan menyambung kontrak di Bayern.
Masuk ke musim 2020/21, Klopp ternyata mahu menguatkan lagi bahagian tengah mereka.
Squad depth
Orang kata, jangan ubah benda tak rosak. Dan Klopp tahu musim lalu formula squad depth beliau sangat OK.
Jadi, apabila Adam Lallana pergi Klopp perlulah mendapatkan pemain yang akan mengisi slot itu. Walaupun ada Naby Keita sekalipun yang dilihat semakin banyak minit.
Rumus dia, Klopp nak kuantiti squad depth yang sama. Jadi saya tak hairan Thiago menjadi sasaran Klopp walaupun ada sesetengah pihak menyatakan Liverpool tak perlukan Thiago.
Liverpool perlukan Thiago, kecuali dia tak nak ke Liverpool. Itu rumusnya. Barulah Liverpool boleh meneruskan perancangan tanpa Thiago.
Secara directnya, kita tahu Adam Lallana selalu cedera, dan Thiago ada rekod kecederaan juga. Jadi, kedua duanya ada similarity dari segi itu.
Oleh itu, jika Thiago cedera, Klopp yakin ketebalan kualiti skuad yang ada dapat mengisinya.
Ramai yang hanya tahu front 3 Liverpool sebagai core system dan tak ramai yang tahu kepentingan Lallana. Walaupun jarang bermain namun dia penting. Baca balik kat sini:
Liverpool ada dua pemain yang sangat dinamik sebagai ball carrier iaitu Alex Oxlade-Chamberlain dan Naby Keita. Mungkin Oxlade lebih direct di final third namun tetap ball carrier.
Statistik
Thiago Alcantara adalah pemain yang lebih stabil. Lihat sahaja kontribusi pemain ini ketika bertahan.
📊 Interceptions per 90 in the league last season
Thiago – 2.3
Fabinho – 1.5
Henderson – 1.2
Keita – 1.1
Wijnaldum – 0.5
(@WhoScored ) pic.twitter.com/b6kMDz9AsD— Obrolan Liverpool FC (@Obrolan_LFC) September 18, 2020
Thiago ada rekod 70% duel di ground yang berjaya serta ratio 3 tackle setiap 90 minit.
Walaupun hanya berketinggian 5’9 “, dia memenagi 2.8 duel udara setiap 90 minit.
Thiago pemain yang kuat dan cepat dan sangat baik dalam memulakan flash attack ataupun ancaman mengejut.
Pecutan dan acceleration beliau boleh menjadi aset baik dengan dan tanpa bola seperti mana Sadio Mane.
Thiago umumnya dipuji sebagai pemain kreatif, tetapi sumbangan pertahanannya kurang digariskan tetapi sangat penting untuk peranan nombor enam.
Sebab itu beliau dalam wawancara pertamanya menyatakan dia akan menyumbang kepada pasukan secara bertahan dan menyerang.
"I will give my heart on the field to my teammates, to the club and also to the fans."
A brilliant first chat with @Thiago6 as a Red 👌🔴
— Liverpool FC (@LFC) September 18, 2020
Dan ini sumbangan beliau secara lebih holistik:
Henderson -Thiago – keita is our best midfield pic.twitter.com/NWxJbD2I97
— Lewis Harrison (@LewHarrison2001) September 17, 2020
Di bawah kendalian sistem Flick, beliau bermain dengan 4-2-3-1, dan beliau dimainkan sebagai deep lying playmaker.
Jadi, jika Liverpool bermain dengan sistem sama maka ini formasi yang boleh dipertimbangkan:
Thiago memang dikenali dengan kecerdasan secara taktikal dan sangat tenang ketika ditekan.
Kekuatan yang paling utama adalah transisi. Beliau boleh membuat progression dari bawah ke atas dengan sangat cepat. Dan pada masa yang sama sangat bagus dalam high pressing.
£25m for @Thiago6. Steal. 🤯pic.twitter.com/8geT9igqm8
— Anfield Watch (@AnfieldWatch) September 17, 2020
Beliau memiliki body feints yang bagus, salah satu kekuatan yang sering dimiliki graduan La Masia.
Thiago boleh mencipta dan membuka ruang sama ada untuk dirinya dan juga rakannya.
Thiago ada 2.4 dribbles yang berjaya daripada purata 90 minit.
Selain daripada boleh bermain sebagai CM beliau juga boleh menjadi no.10. Posisi asal beliau dahulu sehinggalah dia menjadi pemain yang versatile.
Spray pass Thiago bukanlah sesuatu yang kita nak cakap sangat. Sebab Fabinho, Henderson, Van Dijk memiliki kualiti yang sangat bagus. So tak payah nak sentuh ini sangat.
Namun perkara yang membezakan beliau dengan pemain seperti Henderson dan midfielder lain adalah visi ketika dalam small space di final third.
Rumusan
Thiago akan membawa gaya permainannya yang lebih versatile ke dalam sistem. Boleh dikatakan dia bukan dibeli kerana sistem Liverpool, tetapi dia dibeli untuk memperbaiki beberapa fungsi dalam sistem Liverpool.
Di mana posisi beliau?
Saya tak rasa posisi nombor enam. Sebab EPL ni intensiti dia berbeza. Jadi dia akan berada di posisi no.8. Di posisi Hendo ataupun Gini Wijnaldum.
Namun harus korang ingat musim lalu ayahanda Klopp pernah bereksperimen dengan Lallana sebagai nombor enam tau. Pemain yang tidak keras di role 6.
Apa yang pasti kehadiran Thiago akan menampung semula kualiti squad depth dan Liverpool berharap kualiti tambahan beliau dijelmakan untuk memberikan spark yang baharu.