Hanya beberapa saat sahaja yang memisahkan Arsenal daripada kemaraan ke peringkat 16 akhir.
Arsenal turun menjamu tetamu mereka Olympiakos dalam aksi kedua selepas kemengan 1-0 oleh skuad Meriam itu pada asksi pertama di tempat lawan.
Namun malang sekali pasukan Arsenal tersingkir pada saat saat akhir, ketika sedang mendahului menerusi agregate.
1/18 – Arsenal have failed to progress from a European tie (including qualifiers) after winning the first leg away from home for the first time ever (18 occasions they've won the first leg away from home). Disbelief. pic.twitter.com/u282bvjqxZ
— OptaJoe (@OptaJoe) February 27, 2020
Jaringan minit ke-119 pada masa lanjutan 30 minit oleh Youssef El membolehkan Olympiakos mara dengan peraturan gol di tempat lawan.
Dalam aksi ini, Olympiakos terlebih dahulu mendahului menerusi Pape Abou Cisse menerusi tandukan pada minit ke-53.
Arsenal bergelut untuk membalas gol yang menjadi gol penyamaan agregate itu.
Perlawanan 90 minit berakhir denga 0-1 dan agregate 1-1. Dan terpaksa dilanjutkan 30 minit lagi.
Pierre Emerick Aubameyang menjaringkan gol sepakan basikal yang padu pada masa lanjutan tersebut.
Meletakkan finalis musim lalu itu, Arsenal 2-1 secara agregate pada minir ke-113.
Namun ada yang lebih dramatik selepas itu. Apabila pemain gantian Giorgos Masouras melakukan hantaran lintang yan g disempurnakan oleh El Arabi – menewaskan Bernd Leno.
Arsenal masih ada satu peluang terakhir untuk memenangi perlawanan ini. Namun malang sekali Aubameyang miss pula dari jarak dekat.
https://twitter.com/i/status/1233162889298616320
Arsenal tersingkir daripada peringkat 32 pasukan akhir. Dan kini salah satu talian hayat mereka untuk ke UCL musim hadapan telah termusnah.
Arsenal kini harus fokus kepada usaha untuk menempatkan diri dalam 4 teratas. Jika tidak, mereka akan 4 tahun gagal bermain di dalam Liga Juara Juara Eropah.
Highlight
Line Up
Arsenal XI: Leno; Bellerin, Mustafi, Luiz, Saka; Ceballos, Xhaka; Aubameyang, Ozil, Pepe; Lacazette.
Olympiacos XI: José Sá; Elabdellaoui, Cisse, Ba, Tsimikas; Bouchalakis, Guilherme, Camara; Randjelovic, El-Arabi, Valbuena