Liverpool berjaya bangkit daripada kesuraman prestasi dalam 3 pertandingan berbeza sebelum ini.
Di mana The Reds tewas 1-0 di tangah Atletico dalam saingan Liga Juara Juara Eropah. Ini diikuti kekalahan 3-0 di tangan Watford dalam saingan Liga Perdanan Inggeris, serta kekalahan 2-0 di tangan pasukan Chelsea pada aksi pusingan kelima Piala FA.
Liverpool kembali semula ke Anfield untuk melayan kunjungan Bournemouth dalam saingan Liga Perdana Inggeris.
Kali ini Klopp kehilangan khidmat Alisson Becker yang menghadapi kecederaan di bahagian pinggulnya.
Tetapi, pasukanΒ Liverpool bermula dengan penuh cemas. Ketinggalan di belakang hasil jaringan oleh Callum Wilson.
Ianya berpunca daripada Joe Gomez yang agak kasual dan dicabar daripada belakang oleh Wilson.
Wilson kemudian melorongkan kepada Jefferson Lerma, dan pemain itu melakukan square pass kembali kepada Wilson. Macam jaringan FIFA dah ni.
Tersentak dengan gol itu, Liverpool tidak menunggu lama untuk membalasnya. Mohamed Salah membalas gol tersebut untuk The Reds.
Salah menerima hantaran daripada Sadio Mane, dan lelaki Mesir kacak menawan itu melakukan rembatan leret ke near post yang menewaskan Ramsdale β penjaga gol yang sebelum itu menafikan rembatan jarak dekat Firmino.
Salah berjaya juga menyamakan kedudukan untuk Liverpool pada minit ke-25. Itu adalah gol ke-70 beliau dalam 100 penampilan pertama dalam Liga Perdana Inggeris untuk Liverpool.
Tiada yang lain yang lebih banyak daripada Mo Salah. Beliau juga melakukan 29 assist sepanjang tempoh tersebut.
Fernando Torres in the Premier League for Liverpool:
πββοΈ 102 games
β½οΈ 65 goalsLuis Suarez in the Premier League for Liverpool:
πββοΈ 110 games
β½οΈ 69 goalsMohamed Salah in the Premier League for Liverpool:
πββοΈ 100 games
β½οΈ 70 goalsπͺπ¬π pic.twitter.com/my3fEgCNHk
β Goal (@goal) March 7, 2020
Liverpool menambah satu lagi gol kira-kira sembilan minit kemudian. Dan kali ini adalah menerusi pemain kebangsaan Senegal β Sadio Mane.
Mane menerima hantaran cantik daripada Virgil Van Dijk yang melakukan killer pass sedap dari bahagian belakang.
Ianya memang satu assist yang sangat cantik dan elegan. Penuh dengan ketepatan dan kecepatan.
π€© S U P E R S A D I O π€©
Mane's well-taken winner after a superb @VirgilvDijk assist πβ½οΈ pic.twitter.com/Vuaj2QnE7J
β Liverpool FC (@LFC) March 7, 2020
Pada separuh masa kedua, James Milner melakukan on the line clearance penyelamat 3 mata untuk pasukan Liverpool.
Beliau menafikan hantaran lob oleh Ryan Fraser dengan penuh cermat dan tangkas. Fraser berjaya melakukan lob melepasi Adrian.
Simply INCREDIBLE, @JamesMilner π± pic.twitter.com/mUoEnqfasD
β Liverpool FC (@LFC) March 7, 2020
Liverpool akhirnya menemui semula jalan untuk menang selepas beberapa perlawanan dilanda gelita dan tidak bernada serta berlagu.
Minggu minggu yang sukar buat Liverpool berakhir dengan keceriaan kembali walaupun agak mencemaskan.
Kemenangan ini juga meletakkan Liverpool dua puluh lima mata di atas Man City yang akan turun berhadapan dengan pasukan Man Utd dalam aksi derbi Manchester pada malam ini.
Liverpool juga mencipta rekod baharu dalam bola sepak Inggeris untuk kemenangan berturut β turut paling banyak dalam Liga Perdana Inggeris.
Liverpool turut menjadi pasukan ketiga paling banyak untuk rekod tak kalah di halaman sendiri.
Liverpool hanya memerlukan 3 kemenangan sahaja lagi untuk memastikan kejuaraan Liga musim 2019/20 milik The Reds.